Seminar

We have 159 guests online
Seruan HTM seluruh negara memperingati kejatuhan Khilafah PDF Print E-mail
Written by ahmad albab   
Sabtu, 16 Jun 2012 13:12
KUALA LUMPUR 15 Jun – Selepas solat Jumaat hari ini, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah mengadakan seruan secara serentak di beberapa buah masjid terpilih di seluruh Malaysia bagi mengingatkan kaum Muslimin akan kejatuhan Khilafah pada 28 Rajab 1342H, kira-kira 91 tahun yang lalu. Di dalam ucapan lebih kurang sepuluh minit ini, HTM menyeru seluruh hadhirin, agar bersama-sama bergerak menegakkan Khilafah yang merupakan kewajipan ke atas setiap Muslim.

Sesungguhnya kewajipan menegakkan khilafah ini diistinbat dari Al-Quran, Al-Hadis dan juga Ijma’ sahabat. Malah kesemua imam mazhab dan ulama muktabar tidak pernah berbeza pendapat akan kewajipannya. Di dalam seruan kali ini, HTM membacakan dan mengingatkan kaum Muslimin di seluruh Malaysia akan hadis Rasulullah SAW:-

وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِي عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

“Dan barang siapa mati sedangkan di lehernya tidak ada bai’at (kepada khalifah), maka ia mati (seperti) mati jahiliyyah[HR Muslim]

Hadis ini menjelaskan tentang wajibnya ada baiah (kepada Khalifah) di leher setiap Muslim, di mana baiah ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak ada Khalifah. Justeru, hadis ini menegaskan tentang kewajipan untuk mewujudkan Khalifah itu sendiri (jika Khalifah tidak ada) atau dengan kata lain kewajipan atas setiap Muslim untuk menegakkan Khilafah, melantik dan membaiah seorang Khalifah di mana siapa sahaja yang mati tanpa menjalankan kewajipan ini akan mati dalam keadaan Jahiliyyah (dosa).


Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi Selangor




Masjid Bulatan Pahang, Kuala Lumpur






Masjid Sultan Ismail, Ledang/Muar




Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh








Masjid Intan Abu Bakar, Tmn Sri Pulai, Johor Bahru







Masjid Al-A'lami, MITC, Melaka




Masjid Nur Sa'adah, Batu Sapi, Sandakan






Masjid Darul Ibadah, Kangar, Perlis






Masjid seberang Jaya, Penang
Last Updated on Rabu, 20 Jun 2012 09:51