|
Para Pemimpin Sekular Membentangkan Permaidani Merah Untuk Putera Mahkotanya |
|
|
|
|
Thursday, 11 March 2010 09:21 |
Putera, Puteri Mahkota Norway lawat Malaysia
KUALA LUMPUR 8 Mac - Putera Mahkota Haakon dari Norway dan isterinya, Puteri Mahkota Mette-Marit hari ini diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana di Putrajaya sempena lawatan rasmi tiga hari mereka ke Malaysia. Setiba pasangan diraja di situ, mereka disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Putera Haakon memeriksa barisan kehormat terdiri daripada 103 orang anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Mohamad Abdullah. Pasangan diraja itu kemudian mengadakan pertemuan dengan Najib dan isteri di Pejabat Perdana Menteri. |
|
Read more...
|
|
Tidak Cukup Hanya Mengawal Internet Dan Media |
|
|
|
|
Wednesday, 03 March 2010 21:30 |
Penapisan Internet, media
KUALA LUMPUR 1 Mac - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim membayangkan akan berlakunya penapisan Internet, media dan komunikasi bagi membendung hakisan tamadun dan budaya tempatan. Menurut beliau, seperti perniagaan dan penulisan yang mempunyai had dan peraturan tersendiri, Internet juga tidak boleh dibiar sepenuhnya tanpa pemantauan dan kawalan. "Seperti Facebook dan Twitter, kita tidak boleh terima bulat-bulat aplikasinya. Lihat bagaimana kanak-kanak boleh leka dengannya sehingga lupa membantu ibu bapa, mengaji (al-Quran) dan membaca buku. "Tanpa kawalan, tanpa tanggungjawab di atas apa yang dilakukan dalam Internet (menulis blog atau menonton pornografi), bagaimana kita mahu membina sebuah negara, sebuah tamadun yang murni," soalnya ketika ditemu ramah secara langsung melalui program Soal Jawab di TV3 malam ini. Tegas beliau, dayus bagi rakyat negara ini jika mengatakan Internet itu bebas dan tidak boleh ada sekatan sedangkan pendedahan unsur lucah dan keganasan di kalangan generasi muda kini semakin teruk.
Sumber: Utusan Malaysia, 02/03/2010
|
|
Read more...
|
|
Keluar Dari Parti Sekular Masuk Ke Parti Sekular. Tiada Apa Yang Dapat Dibanggakan |
|
|
|
|
Wednesday, 03 March 2010 21:28 |
Fairus keluar PKR sertai UMNO
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu lagi tamparan apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan keluar parti itu dan menyertai UMNO. Beliau membuat pengumuman itu sewaktu berucap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perjumpaan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di sini malam ini. Menurut Mohammad Fairus, keputusan itu dibuat kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap PKR dan perasaan itu semakin memuncak berikutan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Katanya, sebelum membuat pengumuman pada malam ini, beliau telah melakukan solat sunat istikharah selama tiga bulan bagi mencari kepastian. Menurutnya, ini kerana melalui proses itu beliau telah berjaya mendapat petunjuk jelas mengenai keperluannya meninggalkan PKR. "
Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN). "Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini," katanya. Mohammad Fairus memberitahu, keputusan itu juga didorong oleh dua prinsip peribadinya yang tidak akan dikompromi selama-lamanya. Katanya, prinsip itu ialah sentiasa membela kedaulatan dan ketinggian Islam serta kedaulatan bangsa yang tidak akan sesekali diperkotak-katikkan. Tegasnya, beliau juga telah membuktikan kata-katanya dengan melepaskan semua perkara yang berkaitan kepentingan dirinya.
|
|
Read more...
|
|
Masjid Negara Kembali Digegarkan Dengan Seruan Dari HTM Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431H |
|
|
|
|
Tuesday, 02 March 2010 12:04 |
|
Masjid Negara Kembali Digegarkan Dengan Seruan Dari HTM Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431H.
Masjid Negara Kuala Lumpur, Jumaat, 26hb Februari 2010
 Selepas selesai solat Jumaat, para syabab HTM telah menggegarkan Masjid Negara dengan aktiviti seruan sempena kedatangan dan sambutan Maulidur Rasul 1431H. Seruan ini dilakukan dengan bertujuan untuk mengingatkan umat Islam khususnya di Malaysia tentang tanggunjgawab mereka dalam menerapkan dan mengembangkan Islam. Dalam kesempatan kali ini, seruan tersebut telah disampaikan oleh syabab HTM, Ustaz Ahmad Firdaus. Di antara perkara yang disentuh di dalam seruan tersebut adalah:
- Kelahiran Rasulullah SAW adalah sebenarnya kelahiran Islam. Ini adalah kerana Rasulullah SAW merupakan manusia yang telah dipilih oleh Alllah SWT untuk membawa dan menyampaikan cahaya Islam.
|
|
Read more...
|
|
Penyelesaian yang salah kepada permasalahan yang timbul daripada sistem pemerintahan yang salah |
|
|
|
|
Sunday, 28 February 2010 16:04 |
76 NGO Melayu tubuh majlis perundingan pertahan hak, Islam
KUALA LUMPUR 27 Feb. – Sebanyak 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bergabung hari ini bagi menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini.
Antara NGO yang menyertai MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, yang bertindak sebagai wakil pertubuhan itu, berkata, peranan MPM adalah sebagai pelindung dan benteng kepada pihak yang semakin hari cuba mengganggu-gugat hak-hak keistimewaan serta ekonomi orang Melayu, kedudukan agama Islam dan ketuanan raja-raja Melayu di negara ini.
"Pada masa sama, kita juga akan jadi pendesak yang berhemah kepada kerajaan supaya kerajaan tidak lari dan menyeleweng daripada perkara asas dalam Perlembagaan negara berdasarkan Perkara 153,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran MPM di Kelab Sultan Sulaiman di sini, hari ini.
Beliau berkata, satu persidangan meja bulat bersama-sama semua anggotanya akan diadakan pada 7 Mac ini untuk membincangkan hala tuju ekonomi orang Melayu apabila Model Ekonomi Baru (MEB) diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelak. – Bernama
Sumber : Utusan Malaysia, 27/02/2010
|
|
Read more...
|
|
Bagaimana Pula Dengan Penyakit Luaran? |
|
|
|
|
Sunday, 28 February 2010 16:02 |
Umat Islam digesa atasi penyakit dalaman
PUTRAJAYA 26 Feb. - Umat Islam negara ini diajak supaya bekerja keras mengatasi perbezaan pendapat yang masih membelenggu diri sehinggakan tiada kesepakatan dalam isu yang sepatutnya mereka bersatu. Meminta agar direnungi saranannya itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia merupakan suatu penyakit dalaman yang masih wujud di sana sini. Tegas beliau, fenomena berkenaan amat merugikan umat Islam kerana mereka akan menjadi lemah dan mudah dipermainkan oleh pihak lain. "Sehingga kini umat Islam masih belum dapat menyatukan fikrah, hadaf dan amal demi untuk mengekalkan kemurnian Islam. Kita kini lebih suka berpecah dan dipecahkan kepada kelompok dan ideologi masing-masing. "Sesungguhnya penglibatan umat Islam dalam amalan berpolitik secara kepartian memerlukan kebijaksanaan, kematangan serta pendewasaan agar kita tahu batas sempadan sesuatu perbezaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 di Dewan Solat Utama, Masjid Putra di sini pagi ini.
Sumber : Utusan Malaysia, 27/02/2010
|
|
Read more...
|
|
Wahai Najib contohilah Rasullullah dengan sebenar-benarnya!!! |
|
|
|
|
Sunday, 28 February 2010 15:59 |
Teladani sifat terpuji Rasulullah: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu umat Islam mencontohi dan mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia adalah ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.
Perdana Menteri berkata, empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasikan bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif.
"Maka sudah tentu pemimpin masyarakat, pentadbir, golongan profesional dan seluruh umat umumnya perlu berusaha memiliki sifat ini dan mencontohi tingkah laku Rasulullah dalam setiap tindakan dan pekerjaan," kata Najib dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah, hari ini.
Najib berkata, agenda Rasulullah yang memperkukuh institusi perpaduan sesama manusia bagi memperkasa ummah secara progresif sewajarnya disuntik ke dalam setiap denyut nadi umat Islam agar terus terpahat kukuh sepanjang zaman.
“Begitulah hebatnya kegigihan Rasulullah dalam mendidik umat yang pada peringkat awalnya adalah masyarakat jahil, bersengketa dan berpecah-belah akhirnya bersatu padu dan bersatu hati.
"Oleh itu, sempena kita memperingati Maulidur Rasul, bersamalah kita merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang utuh lagi kukuh," katanya.
|
|
Read more...
|
|
Sunday, 28 February 2010 15:50 |
Sambutan Maulidur Rasul meriah
PUTRAJAYA 26 Feb. - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 yang bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' di sini disambut meriah dengan penyertaan 106 kontinjen perarakan melibatkan 6,979 orang peserta. Uniknya pada tahun ini, selepas perarakan berlangsung bermula di Istana Kehakiman hingga ke Dataran Putra, majlis diteruskan di Masjid Putra sebagai simbolik bagi mengingati perjuangan Nabi Muhammad SAW menyampaikan risalah kepada umat Islam. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berkenan ke majlis tersebut. Turut sama memeriahkan majlis ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemani isteri masing-masing. Di Kota Kinabalu, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah mengetuai perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri bersama lebih 5,000 umat Islam bermula dari Padang Merdeka ke Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Di Pulau Pinang, sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini disambut dengan kehadiran lebih 2,500 umat Islam dari seluruh negeri. Majlis yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas itu dimulakan pada pukul 8 pagi dengan perarakan masuk 55 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang diketuai Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman.
|
|
Read more...
|
|
Pelik Lagi Ajaib: Menteri Yang Jaga Pelajaran Bercakap Berkenaan Bolasepak? |
|
|
|
|
Sunday, 28 February 2010 15:41 |
Kementerian Pelajaran komited tingkat martabat bola sepak negara
SHAH ALAM 27 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran komited dan akan meneruskan usaha bagi meningkatkan mutu bola sepak negara menerusi penganjuran liga bola sepak. Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi memperkukuhkan program sukan bola sepak di sekolah, liga bola sepak Kementerian Pelajaran dianjurkan sejak 2008 lagi. "Sekolah sudah tentu mempunyai peranan dalam usaha membentuk pasukan bola sepak negara yang pada masa dahulu digeruni di peringkat Asia serta layak bertanding dalam dua Sukan Olimpik iaitu pada 1972 di Munich dan di Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia,” kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis pelancaran dan Sepak Mula Liga Bola Sepak KPM 2010 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 di sini hari ini. Malaysia juga pernah memenangi pingat gangsa di Sukan Asia 1962 di Jakarta dan 1974 di Tehran, katanya. Selaras dengan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian telah melaksanakan program sukan berprestasi tinggi di sekolah-sekolah, di mana bola sepak merupakan salah satu daripada tujuh sukan yang dimajukan mulai tahun 2008. - Bernama
Sumber : Utusan Malaysia, 27/02/2010
|
|
Read more...
|
|
Halal Itu Bukan Hanya Persoalan Makanan... |
|
|
|
|
Sunday, 28 February 2010 15:37 |
Akta Halal ke Parlimen
KUALA LUMPUR: Rang undang-undang Akta Halal bertujuan memperkemas, menguatkuasa dan mempertingkatkan keberkesanan dalam melaksanakan peraturan halal akan dibentangkan di Parlimen pertengahan tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata draf itu kini di peringkat akhir kajian sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk diperhalusi untuk dibentangkan di Parlimen pada sesi Jun atau Julai ini. Beliau berkata,
Peguam Negara akan meneliti dan mengkaji aspek perundangan dan peraturan berkaitan akta itu bagi menentukan bentuk hukuman, peraturan, denda dan prosedur lain yang boleh dikenakan terhadap pihak yang cuba mempermainkan aspek halal dan mereka yang gagal mematuhinya. “Selepas diluluskan, akta itu juga akan memastikan tidak ada pihak yang menyalahguna logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Kerajaan jangka akta itu dapat diluluskan dan dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di pekarangan Masjid Negara di sini, semalam. Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Badlishah yang juga Sultan Kedah. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terdahulu dalam ucapannya, Jamil Khir berkata, kempen 1Malaysia 1Halal penting dalam mengangkat tuntutan fardu ain hukum halal menjadi industri berimpak tinggi, sekali gus dapat melonjakkan kedudukan sosioekonomi ummah.
|
|
Read more...
|
|
|