|
بسم الله الرحمن الرحيم
Pertama-tamanya, kami ingin menyampaikan pesanan ini kepada kaum Muslimin di seluruh dunia, di mana penindasan yang sedang berlaku ke atas rakyat ini adalah disebabkan oleh seruan mereka kepada Islam. Kedua, kami ingin menyampaikan pesanan ini kepada kesemua organisasi hak asasi manusia. Dan yang ketiga, kepada semua rakyat yang bebas di dunia ini. Apa yang ingin disampaikan di sini adalah sebahagian daripada contoh beberapa kezaliman yang berlaku di sepanjang bulan lalu (Jun), di mana mereka dikenakan pelbagai kezaliman yang tidak berperikemanusiaan daripada rejim ini sepertimana yang pernah kami nyatakan sebelum ini.
1- Seorang syabab (pemuda), Ooulmasaw Bahadir, dari bandar Margalan telah ditahan di penjara Garawol Bazaar di daerah Bukhara. Pegawai polis yang bertugas dalam penjara tersebut telah menyeksanya lebih dahsyat daripada seekor binatang di dalam hutan. Syabab tersebut telah mengalami pendarahan parah yang hampir membawa kepada kematian, tetapi mereka langsung tidak membawanya ke hospital. Sebaliknya mereka hanya memindahkannya ke penjara yang lain.
2- Seorang syabab, Rosebayev Hakeem Jan, dari kawasan Andijan, telah dipenjarakan di penjara Jasliq sejak 1999. Beliau sepatutnya keluar daripada penjara tersebut pada bulan Mac tahun ini setelah tamat menjalani tempoh tahanan yang dikenakan ke atasnya. Tetapi pihak pengurusan penjara telah menyambung tempoh penahanannya selama lima tahun lagi atas tiada sebarang alasan, hanya supaya untuk memastikan beliau sentiasa dipenjarakan. Mereka memindahkannya ke satu penjara lain di pekan Zarafshan.
3- Seorang syabab, Mrzaiev Abdul Aziz, dari kawasan Tashkent daerah Chinaz, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan beliau telah memasuki penjara 64/51 di pekan Kasane, kawasan Qashkadiria. Pada 7hb Jun, pihak pengurusan penjara tersebut telah membawa mayat beliau kepada keluarganya dan mengarahkan mereka supaya menanam mayatnya secepat mungkin, tanpa menunjukkan mayat tersebut kepada sesiapa pun orang luar. Ketika ahli keluarganya cuba untuk memandikan jenazahnya dan meletakkannya di dalam keranda, mereka menyaksikan terlampau banyak kesan seksaan pada tubuhnya. Mereka melihat tengkoraknya retak, matanya terbonjol keluar daripada tempatnya, lehernya berjahit sehingga ke bahagian belakang kepala dan dadanya juga berjahit daripada pusat sehingga ke dagunya. Pengarah penjara yang bertanggungjawab ke atas penyeksaan tersebut ialah Kolonel Rakhmonov Erkin Mustafa Aowith.
4- Negara Uzbekistan telah meningkatkan tekanan bukan sahaja ke atas para banduan yang berada di dalam penjara, malah ke atas ahli keluarga mereka yang berada di luar penjara dan juga ke atas ahli keluarga orang yang mereka buru untuk ditahan tetapi tidak ditemui atau yang lari dari kediaman masing-masing. Sebahagian daripada mereka lari ke luar negara dan sebahagian lagi menjadi pelarian dalam negara sendiri. Pihak perisikan memburu ahli keluarga mereka dan meminta mereka untuk menyerahkan diri ke balai polis untuk disoalsiasat, untuk mengugut mereka, dan pada masa yang sama cuba menarik mereka supaya memenuhi kemahuan mereka (polis) dengan menjadi pengintip bagi pihak negara.
Sebahagian daripada pegawai perisikan ini memberitahu bahawa mereka diarahkan untuk melakukan perbuatan-perbuatan keji ini atas arahan daripada pihak atasan kepimpinan negara, iaitu ketua negara, Karimov.
Kesemua paparan ini adalah sebahagian daripada contoh-contoh penindasan yang dilakukan oleh Karimov terhadap para syabab Hizbut Tahrir secara khususnya dan juga terhadap orang-orang yang menyeru kepada Islam, walaupun mereka bukan daripada Hizbut Tahrir. Karimov bimbang jika Hizbut Tahrir berjaya mempengaruhi pemikiran dan perasaan umat dalam negara ini untuk membuangnya daripada kekuasaan disebabkan oleh kezaliman dan kekufuran yang telah dilakukannya. Tetapi kezalimannya akan mempercepatkan lagi kejatuhannya, sepertimana yang telah kita saksikan apa yang berlaku di negara-negara Arab di mana rakyat telah bangkit akibat tidak dapat menahan lagi penindasan yang dikenakan oleh para penzalim ini. Rakyat Asia Tengah sedang menunggu masa untuk melakukan perkara yang sama terhadap para pemerintah yang zalim ini, terutamanya pemerintah Uzbekistan.
وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ
“Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azabNya itu adalah sangat pedih lagi keras”
[TMQ Hud (11): 102]
Hizb ut-Tahrir Uzbekistan
25/6/2011 / 23 Rejab 1432H
|