Hizbut Tahrir Yaman Menyeru kepada Negara Islam: Satu Ummah, Satu Negara, Satu Bendera PDF Print E-mail
Rabu, 07 September 2011 18:56
Para pendukung revolusi telah turun ke jalan-jalan pada hari Jumaat ketiga Ramadhan dengan menyatakan sokongan mereka untuk menumbangkan rejim Yaman. Baru-baru ini, Press TV telah membuat liputan tentang aktiviti-aktiviti para pejuang syariah dan Khilafah yang menyeru kepada penegakkan Khilafah.

Ketika penunjuk perasaan turun ke jalanan untuk menggulingkan rejim, gerakan Islam Hizbut Tahrir telah mengadakan persidangan kebangkitan Khilafah yang bertajuk "Satu Umat, Satu Negara, Satu Bendera" yang bertujuan untuk menyeru semua rakyat Yaman agar bergabung dalam barisan untuk mendirikan sebuah negara Islam, yang mana melaluinya, ia akan menyatukan semua kaum Muslimin di bawah kekuasaan Islam.

Persidangan Islam tersebut merupakan salah satu daripada dukungan yang ditunjukkan untuk menegakkan negara Islam sebagai sebuah perintah daripada Allah dan adalah menjadi kewajipan bagi setiap Muslim untuk berusaha memenuhinya dengan sepenuh hati.

Hizbut Tahrir menyatakan bahawa penentangan ke atas semua rejim di negeri-negeri kaum Muslimin perlu dibuat supaya dapat menggantikannya dengan sebuah pemerintahan Islam yang dapat menerapkan undang-undang Islam, bukan undang-undang buatan manusia.

Gerakan ini berpendapat bahawa seluruh kebangkitan yang sedang berlangsung di seluruh dunia kaum Muslimin pada hari ini adalah akibat daripada kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh tangan-tangan diktator yang disokong oleh barat, termasuk Saleh di Yaman yang sedang berusaha untuk menghalang kebangkitan sebuah negara Islam.

Walaupun dibenci oleh kerajaan Yaman, parti ini telah mengadakan banyak persidangan di seluruh negara dan telah menarik ramai pendukung dalam usaha untuk menggulingkan rejim yang ada di saat ini dan menggantikannya dengan pemerintahan yang berlandaskan kepada Islam. Hizbut Tahrir menutup persidangan yang hari ini dengan menyeru para pemimpin suku, pasukan tentera, cendekiawan-cendekiawan Muslim untuk menyokong apa yang mereka sebut sebagai "janji Allah", yakni pembentukan negara Islam yang akan membawa keadilan dan kesejahteraan.

Sumber : www.syabab.com