Laman Utama Berita Lokal 5000 pelajar UiTM diperalat?

Pengumuman

Kenyataan Penafian
Harap maklum bahawa Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) tidak mempunyai apa-apa facebook. Suara rasmi HTM adalah laman web (www.mykhilafah.com) ini sahaja. Justeru, kewujudan facebook HTM adalah sikap tidak bertanggungjawab orang yang mengendalikannya. Kami menafikan sebarang penulisan, komen, jawapan dan sebagainya yang terdapat di dalam facebook HTM. Semoga pihak yang mengendalikan akaun facebook tersebut menutupnya segera dan bertaubat kepada Allah dan semoga Allah mengampuni kesalahannya.

Login Form



We have 80 guests online

Undian

Kenaikan harga minyak baru-baru ini tidak membebankan rakyat kata PM. Ianya benar jika rakyat Malaysia itu bernama Najib Tun Razak, Hishamuddin Tun Hussein Onn, Mukhriz Tun Mahathir.
 
5000 pelajar UiTM diperalat? PDF Print E-mail
Rabu, 13 Ogos 2008 19:17

Pelik bin Aneh bin Hairan bin Ajaib!!! Seramai 5,000 pelajar UiTM berdemonstrasi di hadapan bangunan SUK, Shah Alam sebagai membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membuka kuota universiti itu kepada bukan bumiputera.

Sudah bertahun-tahun lamanya kita tidak pernah mendengar apatah lagi menyaksikan himpunan pelajar yang begitu ramai berhimpun untuk menyuarakan bantahan. Lebih menghairankan, ia adalah pelajar dari UiTM yang terkenal sepi dari demonstrasi, tidak seperti pelajar UM, UIA atau UKM. Apa sudah berlaku? Banyak betul kehairanan yang tak masuk akal berlaku di sini. Cuba kita sama-sama fikirkan beberapa persoalan:-

  1. Kenapa pihak polis atau FRU tidak kelihatan atau sememangnya mereka tidak berada di tempat perhimpunan. Sungguh menghairankan jika mereka tidak berada di tempat kejadian! Apakah SB-SB yang ada sudah ‘tidur’ semuanya sehingga tidak tahu satu perhimpunan sebesar itu akan diadakan.
  2. Kenapa pihak kerajaan ataupun pihak polis tidak memberi komen dari segi sama ada perhimpunan ini mendapat permit atau tidak? Selama ini, kalau ada demonstrasi aman sekalipun, pihak polis dan pihak kerajaan mesti sibuk menyatakan perhimpunan tidak ada permit. Sebaliknya, kenyataan Pak Lah yang menyatakan MB Selangor tidak ada kuasa menentukan kuota, nampaknya bersifat menyokong demonstrasi oleh pelajar UiTM tersebut.
  3. Atau apakah pelajar ini telah mendapat permit? Jika ya, alangkah efisiennya pihak polis Malaysia, di mana MB Selangor baru mengeluarkan cadangan pada hari Ahad, pada hari Selasa perhimpunan besar-besaran telah di adakan. Ini bermakna pihak polis hanya mengambil masa sehari sahaja (Isnin) untuk mengeluarkan permit. Tahniah untuk PDRM yang begitu efisien.
  4. Apakah salahnya MB Selangor yang hanya ‘mencadangkan’ agar kuota sebanyak 10% dibuka kepada bukan bumiputera, bukan MB ada kuasa pun untuk ubah kuota tersebut, dia hanya mencadangkan, itu pun untuk meningkatkan status UiTM juga. Ringkasnya, apakah sebuah ‘cadangan’ yang tak salah dan tak membawa kesan pun, perlu dijawab dengan demonstrasi besar-besaran.
  5. Media memetik kata-kata beberapa orang pelajar yang menggambarkan seolah-olah hak keistimewaan orang Melayu akan terhakis dan musnah dengan ‘cadangan’ pembukaan kuota 10% itu. Waraskah hujah ini?
  6. Apakah dalam negara demokrasi kufur ini yang mendewa-dewakan kebebasan berpendapat, kini, dengan hanya menyuarakan pandangan sekecil itu pun sudah dianggap salah dan mesti ‘diperangi’ habis-habisan?

 

Kita sama-sama saksikan nanti sama ada AUKU akan digunakan oleh kerajaan untuk mendakwa para pelajar UiTM ini yang telah terbabit dengan satu perhimpunan haram, atau jika mereka tidak di dakwa, mungkin sebenarnya perhimpunan ini telah ‘dihalalkan’ oleh kerajaan untuk memburukkan parti lawan? Berdasarkan keanehan yang kita saksikan ini, kita yakin bahawa ia bukanlah secara murni datangnya dari para pelajar, yang masih boleh bergelak ketawa, tersenyum lebar dan bersorak-sorak di sepanjang perhimpunan tersebut. Para pelajar ini langsung tidak kelihatan bersungguh-sungguh memperjuangkan atau risau dengan kehilangan hak Melayu mereka, malah kelihatan bersorak-sorai dengan riang dan tawa sambil menyanyikan lagu terima kasih kepada pemimpin. Jadi, siapakah di belakang tabir? Siapakah di belakang semua ini? Nampaknya ada pihak yang mendalangi dan memperalatkan pelajar UiTM ini untuk kepentingan politik keji mereka? Wallahu ‘alam.