Poster/Seminar

Banner

Kempen

Banner
Banner

Majalah Nusrah

Banner
Antara Bacaan Terbaik Dengan Umat Yang Terbaik PDF Print E-mail
Written by HTM   
Rabu, 24 September 2008 14:38
Muhammad Ahmad Zahid mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 yang berakhir di Dubai, kelmarin. Apa yang lebih membanggakan rakyat Malaysia ialah al-hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum.

Sumber: Utusan Malaysia: 22/09/08

Ulasan:

Islam dan al-Quran adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Kekuatan Islam dan umat Islam bergantung kepada sejauh mana mereka berpegang dan beramal dengan isi kandungan al-Quran itu sendiri. Justeru, pengambilan sikap yang benar terhadap al-Quran perlulah diperbetulkan agar umat Islam tidak terus terkeliru dan jatuh dalam penyimpangan.

Rakyat Malaysia yang merasa bangga dengan kejayaan adik Muhammad Ahmad Zahid mestilah menghapuskan segera perasaan itu. Ini kerana, perasaan sebegini adalah lahir dari sifat wathaniyyah (sayangkan tanahair) yang diharamkan oleh Islam. Apakah yang hendak dibanggakan dengan bumi Malaysia yang dipenuhi dengan sekular ini? Umat Islam merupakan umat yang satu, tidak kira di mana sekalipun mereka berada. Sempadan yang wujud di Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Qatar, UAE dan sebagainya hanyalah sempadan yang dilukis oleh penjajah Barat  untuk memecahbelahkan umat Islam. Jika kita ingin berbangga sekalipun, kita hanya patut merasa kagum dengan kebolehan seorang “anak muda Islam” (bukan anak muda Malaysia) yang berjaya menghafal al-Quran di usia 13 tahun. 

Adik Muhammad Ahmad Zahid hanyalah salah seorang anak muda yang lahir dalam sisitem pendidikan sekular Malaysia yang hanya mengutamakan ‘pembacaan’ al-Quran. Sistem pendidikan sekular ini sama sekali tidak mementingkan ‘pengamalan’ isi kandungan al-Quran, yang dipentingkan hanyalah ‘bacaannya’ sahaja. Justeru, walaupun kerajaan boleh menghasilkan ramai anak muda seumpama ini, namun oleh sebab sistem sekular yang diamalkan, golongan yang lahir ini hanyalah menjadi pembaca dan penghafal al-Quran yang baik, namun tidak mengendahkan tuntutan syariat ang terdapat di dalamnya. Inilah yang dikehendaki oleh kerajaan, kerana jika wujud golongan yang ingin menerapkan hukum al-Quran, ia adalah suatu yang ‘berbahaya’ kepada sebuah kerajaan sekular. Jadi, sebagai bukti keIslaman sebuah kerajaan sekular, maka golongan pembaca dan penghafal al-Quran mestilah dilahirkan seramai mungkin.

Sebagai seorang muslim kita perlu memahami bahawa membaca dan menghafaz al-Quran itu adalah suatu perbuatan yang dianjurkan ataupun dalam erti kata lain ianya dikategorikan sebagai sunat. Namun, lebih jauh dari itu melaksanakan isi ajarannya adalah menjadi suatu kewajiban sama ada bagi pihak individu mahupun bagi negara, bergantung kepada tuntutan hukum ayat yang berkaitan. Ketahuilah bahawa kedatangan al-Quran itu adalah untuk mengubah kehidupan manusia dari kegelapan cara hidup jahiliyyah kepada cahaya dan kebenaran hidup Islam, dan hal ini tidak akan dicapai kecuali kita berhukum dengan segala hukum al-Quran. Firman Allah swt,

“Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji” [TMQ Ibrahim (14):1-2]

Al-Quran diturunkan untuk menyelesaikan dan menyempurnakan seluruh persoalan kehidupan manusia. Firman Allah,

“Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah (petunjuk) serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.” [TMQ an-Nahl (16):89].

Kita wajib memahami bahawa apabila kita kamu membaca ayat...

“Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan tunikanlah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.” [TMQ al-Hajj (22):78]

...maka kita dituntut untuk melaksanakan hukumnya. Jadi, begitu jugalah apabila kita membaca ayat…

“Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka putuskanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran” [TMQ al-Maaidah(5):48]

...maka kita juga dituntut (wajib) untuk merealisasikan tuntutan ayat tersebut. Yakni, kita wajib berhukum dengan hukum al-Quran, bukannya hukum sekular, sebagaimana yang ada hari ini.

Begitulah seterusnya dengan ayat-ayat yang lain.

Bagi mereka yang hanya membaca al-Quran, namun tidak mengamalkan ajaran yang terdapat di dalamnya, maka Rasulullah mengadu kepada Allah akan golongan ini yang mengambil al-Quran sebagai sesuatu yang ditinggalkan. Firman Allah,

“Dan berkatalah Rasul, ‘Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini suatu yang ditinggalkan...”
[TMQ al-Furqan (25):30].

Justeru, selama mana pemerintahan ini ditadbir oleh orang-orang sekular, maka selama itulah al-Quran tetap kekal menjadi sebuah ‘kitab bacaan’, bukannya ‘kitab amalan’. Dan mereka cuba memperbodohkan umat Islam bahawa dengan melahirkan golongan yang ‘pandai membaca’ al-Quran, seolah-olah mereka telah pun meninggikan ajaran al-Quran, walhal mereka sebenarnya berpaling dari ajaran al-Quran dengan sebenar-benar pemalingan.
 
Last Updated on Jumaat, 26 September 2008 11:50