Laman Utama Luar Negara

Edisi Khas

Al Quds Tidak Akan Dapat Dibebaskan Hanya Dengan Demonstrasi


بسم الله الرحمن الرحيم

هَذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ

Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan dengannya, manusia diberi peringatan (TMQ Ibrahim [14]: 52)

Login Form



Ada seramai 35 tetamu dan 1 ahli dalam talian
  • anas_ps

Undian

Tahukah anda bahawa makna dan hakikat sebenar hijrah adalah perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Darul Kufur menuju Darul Islam?
 
Luar Negara


Sheikh Kontroversi Sudah Dipanggil Menemui Tuhannya PDF Print E-mail
Friday, 12 March 2010 18:55
altSheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia

KAHERAH 10 Mac – Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi hari ini setelah mengalami serangan sakit jantung. Beliau berada di Riyadh untuk menghadiri majlis anugerah Raja Faisal malam tadi.  Tantawi, 82, sedang menaiki sebuah pesawat awal pagi ini apabila beliau berasa sakit lalu terjatuh di tangga, lapor stesen televisyen Mesir.  Beliau dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh di mana doktor mengesahkan kematiannya. Jenazahnya dijangka dibawa pulang ke Kaherah, malam ini.  Tantawi dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada 1986. Beliau memegang jawatan itu selama hampir 10 tahun sebelum dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar pada 1996.  Pada tahun lepas, Tantawi mencetuskan kontroversi apabila beliau mengharamkan pemakaian niqab (purdah) di semua sekolah dan asrama untuk pelajar perempuan di bawah kendalian Al-Azhar.  Al-Azhar, sebuah kompleks universiti dan masjid berusia lebih 1,000 tahun adalah antara pusat pengajian Islam paling terkemuka di dunia dan mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir. – Agensi

Sumber : Utusan Malaysia, 11/03/10
Read more...
 
Kebebasan Bersuara Barat Hanya Boleh Diajar Oleh Khilafah PDF Print E-mail
Friday, 12 March 2010 18:52
3 akhbar Sweden hina Rasulullah

Sokong buat lakaran seperti anjing selepas pelukis karikatur diancam bunuh

STOCKHOLM: Sekurang-kurangnya tiga akhbar Sweden semalam menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad dengan membuat lakaran tubuh rasul seperti anjing selepas pihak berkuasa dakwaan menggagalkan komplot untuk membunuh pelukis karikatur itu didedahkan di Ireland.

Kartun yang mencetuskan kontroversi terbaru itu dibuat oleh pelukis Sweden Lars Vilks dan disiarkan oleh akhbar Dagens Nyheter, Expressen serta Sydsvenska Dagbladet.  Vilks berdepan beberapa ancaman bunuh sejak lukisan itu kali pertama dicetak akhbar Sweden pada 2007, setahun selepas kartun berasingan Nabi Muhammad disiarkan akhbar Denmark Jyllands Posten mencetuskan bantahan negara Islam. al-Qaeda meletakkan ganjaran AS$100,000 (RM332,300) terhadap kematiannya. Pihak berkuasa Ireland berkata, mereka menahan empat lelaki dan tiga wanita disyaki terbabit dalam satu komplot dakwaan membunuh Vilks.
Sydsvenska Dagbladet berkata ia mencetak lukisan itu sebagai sebahagian liputan beritanya mengenai komplot terhadap pelukis itu. Expressen pula memberitahu, ia menerbitkannya kerana ada nilai berita selain mengambil pendirian kebebasan bersuara.
Read more...
 
Demokrasi Adalah Sistem Kufur : Hadiah Amerika Kepada Umat Islam Iraq PDF Print E-mail
Friday, 12 March 2010 18:50
62.4 peratus keluar mengundi pilihan raya Iraq

BAGHDAD 8 Mac - Jumlah yang keluar mengundi pada pilihan raya umum Iraq ialah 62.4 peratus, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Iraq hari ini, sehari selepas jutaan orang memberanikan diri menghadapi serangan bom untuk keluar mengundi. Hamdiyah al-Husseini berkata, jumlah yang keluar mengundi amat tinggi khususnya di wilayah autonomi Kurdis di utara negara itu.  Menurutnya, keputusan awal pilihan raya itu yang menyaksikan Perdana Menteri, Nuri al-Maliki menghadapi persaingan sengit daripada bekas Perdana Menteri, Iyad Allawi dijangka diperoleh esok. - AFP

Sumber : Utusan Malaysia, 09/03/10
Read more...
 
Sistem Kapitalisme Terus Menggigit Amerika PDF Print E-mail
Thursday, 11 March 2010 09:17
altTunjuk perasaan di seluruh AS bantah kenaikan yuran pengajian

SAN FRANCISCO 5 Mac - Para pelajar dan fakulti universiti-universiti awam di California mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negeri ini semalam sebagai membantah kenaikan yuran mendadak yang dikatakan telah merosakkan sistem pengajian tinggi di negara ini.  Lebih 100 tunjuk perasaan di lebih 30 buah negeri dijadual akan diadakan sempena 'Hari Tindakan' bagi menyokong pendidikan awam, berikutan kenaikan yuran pengajian dan potongan program yang menggambarkan masalah kewangan yang mencengkam hampir setiap negeri di Amerika Syarikat (AS).  
Read more...
 
Kebebasan Untuk Menghina Islam PDF Print E-mail
Sunday, 28 February 2010 16:08
Kartun hina Islam: Akhbar Denmark mohon maaf

COPENHAGEN 27 Feb. - Akhbar harian Denmark, Politiken semalam memohon maaf kepada umat Islam kerana menyinggung perasaan mereka berhubung kartun Nabi Muhammad yang disiarkannya pada 2008. Bagaimanapun, katanya, ia tidak menyesal atas tindakannya menyiarkan gambar kartun itu.

“Kami memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan tindakan kami mencetak semula gambar kartun itu,” ujar akhbar berkenaan dalam satu kenyataan.

Politiken adalah akhbar pertama Denmark yang bertindak memohon maaf secara formal kepada mana-mana pihak yang marah berhubung penyiaran kartun itu. Dalam permohonan maafnya, Politiken berkata, ia menyesal jika gambar kartun itu menghina agama Islam, namun mengatakan tidak menyesal menyiarkannya.

Ketua Pengarang akhbar itu, Toeger Seindenfaden, berkata, dia gembira dengan keputusan itu. “Kami kesal kerana menyebabkan umat Islam tersinggung walaupun ia bukan niat kami untuk berbuat demikian,” tambahnya. Persetujuan itu dibuat ekoran permohonan dikemukakan seorang peguam Arab Saudi, Faisal Ahmed Zaki Yamani terhadap 11 akhbar Denmark.
Read more...
 
Adakah Gadaffi Serius Untuk Berjihad? PDF Print E-mail
Sunday, 28 February 2010 15:45
Muammar gesa umat Islam berjihad

TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam: mendesak umat Islam seluruh dunia berjihad menentang Switzerland kerana mengharamkan pembinaan menara azan di negara itu.

Muammar turut menggesa penganut Islam memulaukan produk-produk keluaran Switzerland selain melarang pesawat dan kapal dari negara itu memasuki lapangan terbang serta pelabuhan negara-negara Islam.

"Sesiapa yang memusnahkan masjid patut diserang menerusi jihad. Jika Switzerland melepasi batas-batas sempadan, kita akan menentang mereka," katanya.

Beli:au berkata demikian di hadapan hadirin yang berhimpun sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad di bandar Benghazi, timur Tripoli.

:Jurucakap Kementerian Luar Switzerland, Lars Knuchel enggan memberi sebarang komen mengenai ucapan Muammar itu. Pada November tahun lalu, m:ajoriti penduduk Switzerland bersetuju dengan cadangan untuk mengharamkan pembinaan menara masjid di negara itu.

Keputusan tersebut mencetuskan kecaman penganut Islam tempatan dan seluruh dunia dengan menyifatkan undian berkenaan sebagai berat sebelah dan anti-Islam.

Sumber : Sinar Harian, 27/02/2010
Read more...
 
Gadai Nyawa Kaum Muslimin Demi Kepercayaan Kepada KAFIR? PDF Print E-mail
Thursday, 25 February 2010 15:03
KABUL 23 Feb. - Komander tentera Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Jeneral Stanley McChrystal hari ini memohon maaf kepada rakyat Afghanistan kerana serangan udara yang membunuh penduduk awam, kelmarin.

McChrystal dalam siaran video yang diterjemahkan ke dalam bahasa Dari dan Pashtun melalui laman web NATO turut berjanji untuk berusaha mendapat balik kepercayaan rakyat negara ini.

Pegawai Afghan berkata, sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam serangan itu di wilayah Uruzgan, tengah Afghanistan.
Read more...
 
Filem lebih mulia dari Alquran!! PDF Print E-mail
Wednesday, 24 February 2010 10:14
alt'My Name Is Khan' Berjaya Mengangkat Islam Di Mata Barat

Shah Rukh Khan dan Kajol merupakan pelakon utama dalam filem itu.

PENANTIAN untuk menonton filem My Name Is Khan (MNIK) adalah sesuatu yang sukar difahami jika anda bukan peminat 'King Khan' atau Datuk Shah Rukh Khan.

Menonton dan menghayati setiap dialog yang diucapkan oleh Shah Rukh dalam filem MNIK, yang mengangkat martabat orang Islam di seluruh dunia ini, ibarat satu 'tanggung jawab' .
Read more...
 
Peringatan Hari Muallaf di Belanda : Islam Memperkayakan Hidupku PDF Print E-mail
Tuesday, 23 February 2010 13:40
altLebih daripada 500 orang telah menghadiri Hari Mualaf Tahunan Belanda kali ketiga yang diadakan di Masjid Omar Al Farouk di kota Utreceht pada malam minggu, dua minggu yang lalu. Acara ini dianjurkan oleh Yayasan OntdekIslam dan Platform Nasional Muslim Baru Belanda (LPNM). Ketua LPNM, Waleed Duisters memberitahu agensi berita Kuwait News Agency (Kuna) bahawa perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2007 menunjukkan terdapat dua belas ribu orang  Belanda yang memeluk agama Islam (mualaf), dan ia menambah  bahawa ‘mungkin lebih ramai lagi.’ Dia menjelaskan bahawa adalah sangat sukar untuk memberikan angka yang tepat jumlah pemeluk agama Islam di Belanda kerana di negara Belanda, tidak terdapat pendaftaran penduduk berdasarkan agama.
Read more...
 
Pemulihan Ekonomi Adalah Khayalan PDF Print E-mail
Saturday, 20 February 2010 13:16
Pemulihan satu ilusi?

HARAPAN untuk menyaksikan pemulihan ekonomi dunia yang pesat sempena bermulanya Tahun Harimau mungkin tergugat berikutan penemuan daripada salah satu kaji selidik peringkat terbesar yang dilakukan di kalangan akauntan seluruh dunia.

Walaupun kajian Global Economic Conditions Survey yang dijalankan pada suku keempat oleh The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) telah menunjukkan bukti kukuh yang keadaan ekonomi semakin pulih, tetapi tinjauan kali ini telah menarik minat seramai 1,700 orang responden dan ahli-ahli ACCA (akauntan bertauliah) dari 99 buah negara untuk mambayangkan bahawa pemulihan sepenuhnya mungkin mengambil masa yang lebih lama dari yang dijangkakan.

Buat pertama kalinya sejak kajian yang dilakukan oleh ACCA ini dijalankan, ahli-ahlinya melaporkan bukan sahaja terdapat peningkatan keyakinan, dengan lebih separuh (46 peratus) daripada responden percaya situasi ekonomi akan semakin pulih atau sudah pulih, tetapi juga terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa permintaan, serta akses kewangan dan aliran tunai turut bertambah baik. Kaji selidik tersebut juga menunjukkan negara-negara di benua Asia dan Afrika berada dalam landasan yang betul ke arah pemulihan, yang mana para akauntan di benua ini melaporkan keyakinan yang tinggi dan pendapatan yang meningkat, sementara benua Eropah dan Amerika masih cuba mengimbangi pertumbuhan ekonomi mereka.

Bagaimanapun, kadar pemulihan ekonomi global secara hakikatnya adalah semakin perlahan walaupun dengan segala berita baik yang dinyatakan tadi. Ahli-ahli ACCA di rantau Asia-Pasifik, yang secara konsisten mendahului jalan keluar daripada kemerosotan ekonomi, telah menjadi semakin pesimis sejak suku terakhir, kerana mereka mula mempersoalkan tentang keupayaan ahli ekonomi di Barat untuk terus mengikut rentak ekonomi yang lebih dinamik yang dipraktikkan oleh mereka.
Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 1 of 22