SN313 - APA YANG BERLAKU DI BURMA? PDF Print E-mail
Jumaat, 13 Julai 2012 07:32

SN keluaran 13 Julai 2012
 
  alt

APA YANG BERLAKU DI BURMA?

[SN313]
Jumlah penduduk Burma melebihi 50 juta dan 20% daripadanya adalah kaum Muslimin  yang terfokus di sekitar ibu negaranya Yangon, bandar Mandalay dan di wilayah Arakan. 70% penduduk Burma beragama Buddha dan selebihnya merupakan penganut Hindu, Kristian dan lain-lain agama. Bagaimanapun, Burma hanya mengiktiraf lebih kurang 4% penduduk Muslim sahaja dan selebihnya dianggap sebagai pendatang asing. Oleh itu, Burma berusaha untuk mengusir orang-orang Islam ini, tidak memberikan mereka status warganegara dan tidak mengiktiraf apa jua hak ke atas mereka. Kerana itu, kaum kaum Muslimin di Burma sentiasa terdedah kepada serangan dari puak Buddha yang disokong oleh jentera kerajaan hingga ke tahap pembunuhan dan pengusiran.

Ahli sejarah menyebut bahawa Islam memasuki Burma pada tahun 788M yakni pada zaman Khalifah Harun al-Rashid, zaman di mana Daulah Khilafah merupakan kuasa dunia yang hebat. Islam mula tersebar di Burma tatkala rakyat Burma menyaksikan sendiri keagungannya, kebenaran serta keadilannya. Kaum kaum Muslimin memerintah Arakan lebih dari 3 abad, di antara 1430 - 1748M. Di waktu ini, puak kuffar bersatu menghancurkan wilayah Arakan sehingga kaum Buddha akhirnya berjaya mendudukinya dan mencetuskan kekacauan di wilayah ini, membunuh kaum kaum Muslimin dan menumpahkan darah mereka khususnya para ulama dan pendakwah Islam. Di samping itu, puak kuffar juga merompak hasil kekayaan Arakan, memusnahkan binaan Islam seperti masjid-masjid dan sekolah-sekolah, yang kesemuanya dilakukan kerana kebencian dan kefanatikan yang lahir dari puak Buddha yang jahil.

Di Burma juga wujud pembahagian dan persaingan imperialis di antara Britain dan Perancis. British menjajah dan menduduki Burma pada tahun 1824 manakala Perancis menjajah dan menduduki Laos. Pada tahun 1937, British memisahkan tanah jajahannya, Burma dari “kerajaan British-India” yang menjadikan Burma berada di bawah pentadbiran “kerajaan British-Burma”. Wilayah Arakan kemudiannya diletakkan oleh British di bawah kekuasaan puak Buddha.  Pada tahun 1940 di masa Perang Dunia II, satu gerakan yang dikenali sebagai “Thirty Militia Comrade – the Burma Independence Army” telah ditubuhkan di tanah jajahan ini. Gerakan ini ditubuhkan oleh sekumpulan 30 orang warga Burma yang menerima latihan di Jepun yang telah berikrar untuk mengusir penjajah British dari Burma. Mereka memasuki Burma bersama pihak Jepun pada tahun 1941. Pada waktu itu, Burma merupakan salah satu jalur konfrontasi di antara British dan Jepun sehinggalah Jepun dikalahkan pada akhir Perang Dunia II pada tahun 1945. Akhirnya, British sekali lagi berjaya meluaskan penjajahannya di Burma.

Pada tahun 1942, kaum Muslimin terdedah kepada pembunuhan beramai-ramai oleh puak Buddha di mana darah lebih kurang seribu orang Muslim telah ditumpahkan dan menyebabkan pengusiran ratusan ribu yang lain. Pada tahun 1948, British telah memberikan kemerdekaan secara rasmi kepada Burma dan setahun kemudian, British menganjurkan sebuah konferens dengan menjemput kesemua kumpulan etnik di Burma, kecuali kaum Muslimin, ke konferens tersebut. Semasa konferens, British menetapkan klausa yang memperuntukkan bahawa hak akan diberikan kepada setiap kumpulan dan etnik dalam masa 10 tahun selepas kemerdekaan. Bagaimanapun, kerajaan Burma tidak pernah melaksanakannya malah meneruskan penindasan mereka ke atas kaum Muslimin.

Pada tahun 1962, satu rampasan kuasa tentera telah berlaku di Burma di bawah kepimpinan Jeneral Ne Win. Dia kemudian telah menubuhkan sebuah majlis tentera di bawah nama The State Council for Restoring Law and Order, lalu Ne Win memerintah Burma secara langsung sehingga tahun 1988, manakala The State Council kekal sehingga 1997 di bawah kawalannya. Pada tahun 1990, satu pilihan raya telah diadakan dan parti pembangkang, National Democratic Party telah menang majoriti. Bagaimanapun, pihak tentera tidak mengiktiraf peralihan kuasa sehinggalah satu perlembagaan baru dirangka dan mesyuarat terus-menerus diadakan sejak tahun 1993 untuk mendraf perlembagaan. Di sepanjang masa rampasan kuasa ini, kaum Muslimin sentiasa berada dalam keadaan ditindas oleh puak fanatik Buddha di bawah pemerintahan tentera, yang telah memaksa lebih dari 3000 kaum Muslimin  berhijrah ke Bangladesh. Lebih dari 500,000 pula telah diusir keluar dari Burma pada tahun 1978 dan mengikut statistik agensi pembantu pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), lebih dari 40,000 termasuk orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak mati kerana keadaan sukar yang mereka alami sepanjang pelarian.

Pada tahun 1988, lebih dari 150 ribu kaum Muslimin berhijrah ke luar negeri dan lebih setengah juta pula menjadi mangsa pengusiran oleh kerajaan Burma rentetan dari sokongan yang mereka tunjukkan kepada parti pembangkang yang memenangi majoriti kerusi Majlis pada tahun 1990. Kerajaan Burma memandang orang Islam sebagai orang asing dan bukan sebagai penduduk Burma, menafikan hak pendidikan mereka dan tidak membenarkan mereka berkahwin sebelum mencapai umur 30. Rejim juga pernah mengenakan sekatan perkahwinan ke atas orang Islam  selama 3 tahun, dalam usaha untuk mengurangkan jumlah  anak-anak kaum Muslimin, satu penindasan yang paling buruk dilakukan oleh rejim ke atas umat Islam. Pada tahun 1989 kerajaan Burma telah menukar nama dari Burma kepada “Myanmar”.

Pihak tentera terus memerintah Burma kadangkala dengan sokongan Britain secara langsung dan kadang kala melalui ejen Britain, India. Sistem pemerintahan di Myanmar/Burma juga dilihat semakin mendekati sistem Komunis, demi mendapat sokongan Russia dan China, yang sekali gus dapat menutup realiti politik di Myanmar. Amerika sebelum ini pernah memprotes peranan India yang menyokong rejim tentera dan kerjasama erat antara India dan tentera Myanmar. Agensi berita Perancis, semasa melaporkan lawatan Perdana Menteri India, Manmohan Singh ke Burma pada 28/5/12 untuk menamatkan beberapa siri perjanjian, menyebut bahawa, “India telah menjalin hubungan baik dengan Majlis Tentera pada tahun 90-an, khususnya di era keselamatan dan tenaga.

Pada tahun 2010, Washington mengutuk sikap diam India terhadap pencabulan hak asasi manusia di Myanmar. SuuKyi sendiri, yang menamatkan sebahagian pelajarannya di India, di mana ibunya pernah menjadi duta di sana, telah melahirkan rasa kesalnya dengan sokongan India terhadap pemerintahan tentera di negaranya”. Pada November 2007, agensi berita memetik rayuan Washington kepada India dan China agar menghentikan pembekalan senjata kepada tentera Myanmar. Rejim tentera di Burma memberikan kemudahan ketenteraan kepada China di pelabuhannya di Teluk Bengal dan di Lautan India, dengan tujuan untuk mendapat sokongan China sekiranya berlaku serangan Amerika ke atasnya. China dalam masa yang sama berkepentingan untuk mewujudkan pelabuhannya di Lautan India. Selepas Britain keluar secara rasmi dari Myanmar, India menjadi penjaga Burma yang meletakkan Burma di bawah kawalan dan sokongan India.

Amerika membangkitkan pendapat umum terhadap pemerintahan tentera dan memfokuskan pendapat umum ke atas pemimpin pembangkang, Aung San SuuKyi, sehinggalah SuuKyi dibebaskan pada November 2010. Amerika terus meningkatkan tekanan ke atas Majlis Tentera dengan tujuan agar Majlis membubarkan dirinya dan menyerahkan kekuasaan kepada rakyat. Namun, Britain dan India menanggapi hal ini dengan penuh kebijaksanaan dan kehati-hatian. Mereka ‘mencucuk’ Majlis agar mengadakan satu pilihan raya umum di mana mereka (Britain dan India) kemudian menjalankan apa yang sememangnya menjadi ‘kepakaran’ mereka. Akhirnya pilihan raya umum telah diadakan pada 2010 di mana Solidarity and Development Party, yang merupakan parti tentera, telah menang sebanyak 80% kerusi. Majlis Tentera kemudian telah membubarkan dirinya dan menyerahkan kekuasaan kepada ‘rakyat’. ‘Rakyat’ di sini terdiri daripada para jeneral bersara yang diketuai oleh Jeneral bersara TheinSein, yang mengambil alih kekuasaan pada Mac 2011.

Amerika meneruskan tekanannya ke atas rejim di Burma dalam usaha untuk mengenepikan para jeneral bersara tersebut dan menaikkan Aung San SuuKyi, dengan menunjukkan sokongan penuh terhadap SuuKyi dan parti pimpinannya. Amerika telah menjalankan dan menghebahkan analisis mendatang (future analysis) dengan mengatakan kemungkinan pemimpin pembangkang memenangi pilihan raya 2015. Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton telah melawat Burma pada 1 Disember 2011 dan mengisytiharkan bahawa negaranya akan melantik seorang duta untuk kali pertama dalam masa 20 tahun dan akan melonggarkan sekatan selaras dengan reformasi demokrasi yang sedang berlaku di Burma.

Pada 1 April 2011 pilihan raya telah diadakan untuk merebut 45 kerusi dan parti pimpinan SuuKyi telah memenangi 43 kerusi. Walau bagaimanapun, Hillary menjelaskan hal ini dengan mengatakan, “masih awal untuk menilai sejauh manakah perkembangan di Burma kebelakangan ini dan sama ada ia akan berterusan” (sebagaimana dipetik oleh agensi berita Perancis). Dengan cara ini, Amerika sebenarnya mahu mengenakan tekanan ke atas rejim Myanmar, dengan mencuba untuk meragu-ragukan perkembangan proses demokrasi, kerana tenteralah (dalam bentuk ‘rakyat’) yang sebenarnya masih memerintah dan mengawal suasana politik di Myanmar. Di bawah perlembagaan yang digubal oleh tentera pada tahun 90-an, suku daripada jumlah kerusi di Parlimen boleh dilantik oleh tentera tanpa pilihan raya.

Oleh yang demikian, Amerika tidak berpuas hati dengan keadaan politik di Burma walaupun ia setakat ini telah berjaya membebaskan SuuKyi yang mana partinya sekarang sedang menjalankan aktiviti politik di Burma. Amerika masih terus mengenakan tekanan kepada rejim dan secara jelas mempersoalkan kredibiliti rejim dalam rangka memberikan lebih banyak tekanan. Ini semua dilakukan dalam usaha Amerika untuk membuang rejim tentera, yang setia kepada British, dari kekuasaan. Dalam masa yang sama, Britain berada dalam kedudukan menyokong perkembangan terbaru ini, sebagaimana komen Menteri Luarnya, William Hague mengenai apa yang berlaku di Myanmar, katanya, “UK, yang merupakan pembekal terbesar bantuan dua hala kepada rakyat Myanmar, sentiasa bersedia menyokong proses politik di Myanmar” (Associated Press 3/4/12).

Perdana Menteri Britain, David Cameron, yang melawat Burma selepas pilihan raya dianggap sebagai pemimpin tertinggi Barat yang pertama melawat negara itu selepas rampasan kuasa pada 1962. Dia memuji rejim dengan mengatakan, “Sekarang wujud kerajaan yang menekankan ketegasannya bahawa ia akan menjalankan reformasi dan telah pun mengambil beberapa langkah dalam hal ini dan saya rasa ini adalah masa yang baik untuk datang ke sini dan menggalakkan langkah ini” (Associated Press Perancis). Cameron berjumpa dengan presiden Myanmar, TheinSein, yang berkata, “kami amat gembira dengan sokongan anda di atas usaha yang sedang kami lakukan dalam mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia di Myanmar.” Justeru, Britain berpuas hati dengan situasi politik di Myanmar, yang disokong olehnya.

Pada 3/6/2012, sekumpulan penganut Buddha menyerang sebuah bas yang membawa orang-orang Islam dan membunuh 9 daripada mereka. Dengan meletusnya tragedi ini, hal-hal lain seperti pembunuhan dan pembakaran rumah serta pengusiran terus terjadi di antara penganut Buddha dan orang Islam, sehingga meliputi beberapa kawasan penempatan kaum Muslimin, mengakibatkan puluhan ribu umat Islam mula lari daripada tempat kediaman masing-masing. Kerajaan Bangladesh pula tidak mahu menolong pelarian Muslim yang lari memasuki negaranya, malah menghantar semula mereka pulang dan menutup semua pintu sempadan untuk mereka.

Dalam musim yang sama tahun lepas, kaum Muslimin juga terdedah kepada serangan yang sama dan dipaksa meninggalkan Myanmar. Sejak berdekad lamanya, saban tahun kaum Muslimin menghadapi tragedi pembunuhan, penganiayaan, pengusiran dan juga perobohan rumah-rumah mereka di tangan penjahat Buddha dengan sokongan dari rejim Myanmar. Barat yang diketuai oleh Amerika memuji rejim kerana membebaskan pemimpin pembangkang SuuKyi dan memuji proses pendemokrasian Myanmar, namun tidak memerhatikan sedikit pun penderitaan yang berlaku ke atas kaum Muslimin.

Kedutaan Amerika di Burma mengeluarkan satu kenyataan yang menyebut bahawa pegawai kedutaannya, Michael Thurston, telah menemui organisasi Islam tempatan di Yangon dan juga Parti Pembangunan Nasional secara berasingan di Arakan. Thurston berkata, “Perkara yang paling penting sekarang ialah kesemua pihak hendaklah bertenang dan terdapat keperluan untuk memperbanyakkan dialog yang hanya boleh diadakan apabila keadaan tenang.” Dia selanjutnya berkata, “Kedutaan (Amerika) menggalakkan kerajaan Burma untuk menyiasat insiden dengan cara menghormati proses dan kedaulatan undang-undang” (Associated Press Amerika 14/6/2012), yang membawa maksud bahawa Amerika menasihatkan orang-orang (Islam) yang terancam dengan pembunuhan dan pengusiran agar bertenang dan hendaklah mengikuti dialog dan menghormati prosedur perundangan!!! Ini adalah kerana pihak yang dibunuh dan diusir adalah kaum Muslimin!!! Namun, semasa sami-sami Buddha turun berdemonstrasi pada 20/9/2007 dan ditekan oleh rejim tentera, Amerika berdiri dan menyuarakan keprihatinan, malah terus mengenakan sekatan keras ke atas Burma yang diikuti oleh lain-lain negara Barat! Ini menjadi bukti betapa Amerika sebenarnya tidak peduli dengan penderitaan kaum Muslimin Burma, malah tidak mahu ambil tahu pun. Ia hanya peduli tentang kepentingannya dan peluasan pengaruhnya sahaja. Secara umumnya, inilah pendirian jahat seluruh dunia Barat terhadap Islam dan kaum Muslimin.

Ringkasnya, rejim di Burma yang sebelum ini berada di bawah kekuasaan para jeneral yang berbaju tentera dan kini berada di bawah kekuasaan para jeneral yang ‘berbaju rakyat’, adalah terdiri daripada mereka yang setia kepada British, yang telah memberi sokongan kepada rejim ini secara sembunyi mahupun terang-terangan dan secara langsung mahupun tak langsung. British juga memberi sokongan kepada puak Buddha dalam membunuh dan menganiaya kaum Muslimin, bukan sahaja kebelakangan ini, malah sejak berakhirnya pemerintahan Islam di Myanmar. Di dalam metode politiknya yang penuh kelicikan, British telah membawa rejim tentera di Burma menghampiri puak Komunis daripada Russia dan China, demi mendapatkan sokongan sekiranya Amerika melancarkan serangan ke atas rejim.

Di pihak Amerika, ia menyokong National Democratic Party pimpinan Aung San SuuKyi dan membuatkan SuuKyi memenangi hadiah Nobel pada tahun 1991. Bapanya, Aung Sang merupakan seorang yang menentang British dan telah dibunuh pada tahun 1947, di mana pemimpin pembangkang telah dituduh melakukannya. Bapanya dianggap sebagai wira kemerdekaan. Di sebalik pergelutan politik di antara Amerika dan Britain di Myanmar, kedua mereka bersetuju menyokong puak Buddha dalam membunuh kaum Muslimin. Langsung tidak terdetik di hati mereka sikap dan perasaan kemanusiaan, kecuali dalam beberapa kenyataan umum yang tidak bermakna. Namun, mereka (Amerika dan Britain) melenting sekiranya sami-sami Buddha menghadapi kezaliman atau diancam akan dihumbankan ke penjara!

Bagi China pula, ia menyokong rejim untuk mendapatkan kepentingan ekonomi dan strategi di Burma tanpa menginginkan pengaruh politik di dalam negara tersebut.

Bagi para pemerintah kaum Muslimin pula, mereka hanyalah tunduk dan patuh kepada Amerika dan Barat secara mutlak. Mereka langsung tidak bertindak. Bangladesh yang merupakan jiran terdekat Burma sendiri pun langsung tidak menghulurkan bantuan terhadap saudara-saudara seIslam mereka di Burma yang telah terancam dengan penyeksaan dan pembersihan etnik sejak lebih seratus tahun lepas, sebaliknya menganiaya mereka dan menghalau mereka keluar serta menutup pintu sempadan untuk mereka.  Pemerintah Muslim ini, bukan sahaja tidak menyahut seruan Allah,

“..dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian dalam agama, adalah tanggungjawab kalian untuk menolong mereka” [TMQ al-Anfal (8):72],

sebaliknya menyahut seruan Amerika dan negara Barat lainnya dan menghantar tentera ke tempat-tempat zon konflik, dengan memakai lencana tentera PBB di bahu-bahu dan dahi-dahi mereka!

Sesungguhnya sudah tidak ada satu kebaikan pun yang dapat diharapkan dari para pemerintah kaum Muslimin ini, malah mereka semakin terus tunduk kepada syaithan. Keselamatan tidak akan dapat dikecapi oleh kaum Muslimin di Burma sehinggalah kembalinya Daulah Khilafah sebagai tempat mereka berlindung sebagaimana mereka berlindung sejak pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid selama lebih tiga abad. Hanya Khilafah sahajalah yang akan memberikan keselamatan dan perlindungan kepada mereka dan seterusnya menyebarkan kebaikan dan rahmat ke seluruh alam dan Khilafah ini Insya Allah sudah semakin hampir.