SN333 - WAHAI UMAT MANUSIA! TOLAKLAH HASINA-KHALEDA, EJEN AS-INDIA PDF Print E-mail
Jumaat, 04 Januari 2013 07:42
PDF
SN keluaran 04 Januari 2013
 


Bismillahirrahmanirrahim

WAHAI UMAT MANUSIA! TOLAKLAH HASINA-KHALEDA, EJEN AS-INDIA
DAN JATUHKANLAH SISTEM DEMOKRASI – KILANG YANG MENGHASILKAN EJEN-EJEN INI



[SN333] Perancangan para imperialis untuk Bangladesh sudah menjadi begitu jelas sekarang. Kami di Hizbut Tahrir telah mendedahkan perkara ini berulang kali kepada umat Islam di negara ini. Berikut adalah antara perkara yang telah kami dedahkan:

(1)    Pemimpin perang salib, AS merancang untuk menghalang kembalinya Khilafah di rantau ini dan AS ingin terus meletakkan China di keliling negara-negara kawalannya. Untuk mencapai tujuan ini, Amerika telah mempertingkatkan kehadiran pasukan tenteranya melalui pelbagai alasan termasuk latihan ketenteraan yang merupakan polisi utamanya. Polisi ini dikenali sebagai ‘Hub Asia’ (‘Asian Pivot’). Dialog strategi dan Keselamatan dengan Bangladesh merupakan sebahagian dari polisi ini.

(2)     Selain itu, AS juga menetapkan polisi untuk mendapatkan bantuan India untuk bekerja dengan mereka. Mereka menggelar polisi ini dengan ‘Perkongsian Strategik’. Amerika sedar bahawa sekiranya mereka ingin mendapatkan bantuan India, mereka perlu menawarkan sebuah pakej manfaat untuk India yang secara tradisinya berada di bawah pengaruh British, terutamanya Parti Kongres India.

(3)     Polisi strategik Amerika ini, dalam menawarkan manfaat bagi India membawa maksud menundukkan dua negara Muslim yang berjiran dengan India – Pakistan dan Bangladesh – agar bekerja untuk keperluan India. Sebagai contoh, dalam kes Pakistan, antara lainnya, Amerika memberikan arahan kepada ejennya di sana agar mengabaikan Muslim di Kashmir.

(4)     Hasil dari polisi inilah, Amerika dengan persetujuan Britain dan India, telah melantik Hasina untuk memerintah Bangladesh. Amerika juga mula membentuk percaturan politik dan ketenteraan di Bangladesh agar ia sesuai dengan polisi ini. Dengan cara ini, Amerika berjaya meraih manfaat peribadi mereka dan pada masa yang sama ia memberi sedikit manfaat kepada India dan ini sudah tentu akan memperkukuhkan lagi perkongsian strategik mereka.

Kerjasama Hasina Dengan AS-India

Allah SWT berfirman,

“Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka)” [TMQ al-Mumtahanah (60):2].

Benarlah firman Allah SWT. Setelah meletakkan Hasina di kerusi kekuasaan, Amerika dan India yang merupakan musuh Islam dan kaum Muslimin, mula berusaha mencapai perancangan jahat mereka. Hasina bekerjasama sepenuhnya dalam makar ini – pengkhianatannya terhadap Bangladesh amat besar sekali. Kami hanya akan menyebutkan beberapa sahaja dari pengkhianatannya:-

=>     Bekerjasama dalam pembunuhan beramai-ramai anggota tentera di Pilkhana; dan sejak dari peristiwa tersebut, dia melaksanakan polisi, dengan kebenaran AS-India, menghapuskan anggota tentera yang berpihak kepada Islam dan negara.

=>    Menjadikan Bangladesh sebagai pangkalan bagi tentera pembunuh Amerika yang menjalankan latihan di negara ini pada bila-bila masa yang mereka inginkan seolah-olah negara ini adalah negara mereka. Hasina juga melakukan rundingan dengan AS untuk menandatangani perjanjian ACSA yang menjadikan tentera Bangladesh seperti sebahagian dari divisi tentera AS yang akan berperang untuk AS, samalah seperti tentera Muslim Pakistan yang kini memerangi rakyatnya sendiri di bawah perjanjian yang serupa.

=>    Menyerahkan para pemimpin pergerakan pembebasan ‘Seven Sisters’ dan ini merupakan kepentingan bagi India, tanpa sebarang kepentingan untuk Bangladesh.

=>    Memberikan transit kepada kerajaan India dalam rangka memenuhi kepentingan keselamatan dan ekonomi untuk dirinya sendiri.

=>    Menetapkan polisi tidak menentang (zero-resistance) ke atas sebarang pembunuhan di sempadan dan isu empangan Tipaimukh.

=>    Menetapkan polisi pembinaan pelabuhan laut dalam, sebagai projek, bukan kerana ia memberikan manfaat kepada negara tetapi kerana manfaat yang diperoleh oleh pihak imperialis.

=>    Menandatangani kontrak dengan syarikat multinasional yang akan mempermudah perompakan minyak dan gas negara. Hasina juga menjalankan rundingan dengan AS untuk menandatangani perjanjian TICFA yang akan memberikan AS dominasi ke atas perdagangan dan ekonomi negara.

=>    Menentang Islam sebagai satu ideologi politik dan usaha penegakan Khilafah sebagai     satu alternatif politik. Ini adalah agenda nombor satu Amerika, Britain dan India.

Si pengkhianat Hasina telah menjadi hamba yang begitu setia kepada Amerika dan India. Bagaimanapun, seperti yang disebutkan di awal risalah ini, para imperialis membentuk pemerintahan seperti yang ada sekarang agar ejen-ejen ini menerapkan polisi imperialis tanpa mengira siapa yang memerintah. Jika seorang pemerintah diganti dengan pemerintah yang lain di bawah sistem ini, pengganti tersebut akan turut mentaati tuannya.

Khaleda Zia Juga Sama Dalam Ketaatannya Kepada AS-India

Fakta bahawa Khaleda Zia (*ketua pembangkang, yang juga bekas Perdana Menteri Bangladesh) merupakan ejen Amerika yang amat dipercayai di Bangladesh bukanlah suatu rahsia. Hakikat ini tidak perlu dijelaskan lagi. Pakaian ‘anti-India’ yang diperagakan oleh Khaleda dengan bertopengkan slogan ‘cinta kepada negara’ adalah dilakukan untuk ini – untuk berkhidmat kepada kepentingan Amerika! Lawatan Khaleda ke India baru-baru ini membuktikan hakikat ini apabila beliau komited untuk membantu India dalam mencapai kepentingannya dalam memperkukuh perkongsian strategik Amerika-India. Khaleda mengatakan dia mahu melupakan sejarah silam! Sejarah silam manakah yang dia mahu lupakan? Tindakan negara musyrikin musuh manakah yang dia ingin lupakan? Pembunuhan para anggota tentera Bangladesh, yang dia mahu lupakan? Tubuh-tubuh pemuda Falani yang digantung, yang dia mahu lupakan? Isu Empangan Farakkah, yang dia mahu lupakan?

Dan apakah jalan yang akan diambilnya di masa depan sekiranya dia diberi kuasa?

=>    Dia pasti akan melupakan pembunuhan Pilkhana dan para pembunuhnya akan dibiar bebas. Mana-mana anggota tentera yang menentang kepentingan AS-India dan berpihak kepada Islam dan kepentingan nasional tidak akan diberi ruang lagi.

=>    Dia akan terus melindungi dominasi AS ke atas pasukan tentera negara seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.

=>    Dalam isu gerakan pembebasan ‘Seven Sisters’, ketika lawatannya ke Delhi, Khaleda menyebut perkataan yang sama seperti Hasina – ‘Saya tidak akan membiarkan tanah Bangladesh digunakan untuk menentang India.’

=>    Dalam isu transit, Khaleda, seperti juga Hasina, mengatakan perkara yang sama kepada Perdana Menteri India, ‘Kami menyokong transit sebagai sebahagian dari hubungan serantau.’

=>    Dalam isu pembunuhan di sempadan dan di empangan Tipaimukh, Khaleda juga menetapkan polisi tidak menentang (zero resistance). Pembantunya mengatakan “Dia (Khaleda) telah membincangkan isu tersebut dengan Perdana Menteri India.”

=>    Dalam isu pelabuhan laut dalam, Zia juga bersetuju dengan konsortium antarabangsa untuk pembinaannya.

=>    Dalam isu penandatanganan kontrak minyak dan gas dan perjanjian TICFA, polisinya sama sahaja seperti Hasina.

=>    Dan dalam isu menentang usaha penegakan Khilafah sebagai alternatif politik, Khaleda Zia turut mengikuti jejak Hasina dalam menyenangkan hati tuannya.

Jelas sekali bahawa Khaleda Zia adalah sama seperti Sheikh Hasina – kedua-duanya adalah hamba kepada puak imperialis. Rakyat Bangladesh sudah tahu bahawa Hasina dan Khaleda tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara ini. Namun ada yang terperangkap dan percaya bahawa retorik anti-India Khaleda membezakan beliau dengan Hasina. Mereka tidak menyedari bahawa Hasina dan Khaleda adalah produk dari sistem demokrasi yang melahirkan para pemimpin yang memberikan kesusahan kepada rakyatnya dan mereka ini merupakan para ejen bagi tuan mereka di luar negara.

Sistem Demokrasi Adalah Kilang Yang Menghasilkan Ejen-Ejen Seperti Ini

Allah SWT berfirman,

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menjalankan hukum di antara manusia, kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” [TMQ an-Nisa’ (4):58].

Ayat ini merupakan perintah Allah kepada para pemimpin. Namun, sistem demokrasi adalah sistem yang diasaskan kepada pelanggaran terhadap perintahNya. Melalui sistem demokrasi, para pemimpin memerintah dengan penuh kezaliman dan mengkhianati rakyat. Sistem demokrasi tidak pernah dikenal oleh umat Islam sehinggalah kehadiran pihak kolonial. Selepas menghancurkan Khilafah dan memecahbelahkan umat, kafir imperialis telah memerintah negara-negara kaum Muslimin secara langsung. Apabila mereka meninggalkan tanah jajahan mereka, mereka meletakkan ejen-ejen mereka ke atas umat ini bagi memastikan kepentingan mereka tetap terjaga.

Di kebanyakan negara seperti di Timur Tengah, mereka melantik para pemimpin diktator. Kemudian, rakyat di negara-negara ini menuntut perubahan kerana tidak tahan lagi dengan kezaliman dan pengkhianatan para pemimpin ini. Barat datang dengan slogan demokrasi sebagai alat untuk meletakkan ejen baru, seperti yang kita saksikan di dunia Arab sekarang ini. Ada kalanya kuasa kolonial meninggalkan demokrasi di negara jajahan mereka dengan memastikan bahawa kuasa tetap berada di tangan ejen mereka, seperti yang berlaku dengan Nehru dan Jinnah di India dan Pakistan. Dalam keadaan lain, oleh kerana pergelutan sesama mereka, negara-negara imperialis juga menggunakan slogan demokrasi untuk meletakkan ejen bagi menggantikan ejen negara pesaing mereka. Namun dalam keadaan yang lain, mereka menggunakan pengebom B52 untuk menghantar demokrasi, seperti yang berlaku di Iraq dan Afghanistan.

Oleh itu, dalam apa keadaan sekalipun, penetapan demokrasi di negeri-negeri kaum Muslimin (dan negara dunia ketiga) telah berlaku dan masih lagi berlaku dengan Barat meletakkan ejen-ejen mereka di tampuk kekuasaan. Ini merupakan metode penipuan neo-kolonialisme yang menyebabkan rakyat merasakan bahawa para pemimpin mereka dilantik atas pilihan mereka sendiri, sedangkan hakikatnya para pemerintah ini taat kepada kuasa imperialis. Hal ini tidak ada bezanya dengan Bangladesh. Para pemimpin Liga Awami yang merupakan para pemimpin selepas kemerdekaan, merupakan ejen-ejen British. Ziaur Rahman selepas itu merupakan seorang ejen AS. Ershad pula mendapat sokongan Britain-India dalam pemerintahannya. Selepas Ershad, dengan sokongan Amerika dan British-India, Khaleda dan Hasina pula dipilih secara ‘demokratik’. Kuasa hanya bertukar-tukar antara mereka dan parti-parti mereka sehingga kini.

Wahai kaum Muslimin! Sudah berapa kali kalian telah tertipu? Lupakan sekejap penipuan oleh Mujib, Zia dan Ershad dan tumpukan perhatian kalian kepada Hasina dan Khaleda. Dari tahun 1991, 1996, 2001 dan 2008…..sudah empat kali dalam jangka waktu 20 tahun kalian tertipu! Dengan wajah-wajah yang sama! Rasulullah SAW bersabda,

“Seorang Mukmin tidak dipatuk dari lubang yang sama dua kali.”

Justeru, janganlah dibiarkan sehingga kali yang ke-5. Tolaklah Hasina dan Khaleda. Buanglah demokrasi dan tegakkan Khilafah. Khilafah tidak akan membenarkan ibu-ibu kalian, adik–adik perempuan kalian, isteri-isteri kalian dan anak-anak perempuan kalian dikunci di dalam kilang-kilang kain dan dibiarkan terbakar. Khilafah tidak akan membenarkan pembinaan lebuh raya bertingkat yang berkualiti rendah dan boleh membahayakan nyawa penggunanya. Khilafah akan menjaga urusan kalian, memerintah dengan penuh keadilan dan akan menunaikan amanat. Khilafah akan menolak AS-Britain-India dan menghapuskan selama-lamanya dominasi mereka ke atas kedaulatan, keselamatan, sumber dan ketenteraan negara kalian.

Wahai mereka yang memiliki kekuatan! Kalian sebenarnya sedar akan jenayah yang telah dilakukan oleh Hasina-Khaleda. Ia berlaku di hadapan mata kalian. Kalian juga sedar bahawa pilihan raya demokratik adalah jalan untuk menjadikan mereka, atau orang seperti mereka, memerintah. Kalian tahu bahawa adalah mustahil bagi golongan yang ikhlas untuk mencapai tampuk pemerintahan di dalam sistem ini. Sebagai kaum Muslimin, kalian tidak boleh menutup mata atas perkara ini. Kalian mempunyai kekuatan material dan mempunyai tanggungjawab untuk memberikan nusrah (pertolongan) kepada mereka yang ikhlas dan mempunyai kesedaran politik untuk mengubah rejim sedia ada dan menegakkan Khilafah.

Hizbut Tahrir adalah parti yang ikhlas dan komited untuk menegakkan perintah Allah untuk memerintah manusia dengan keadilan dan menunaikan amanat. Insya Allah Hizbut Tahrir amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya dan sehingga kini semakin mendapat sokongan daripada umat. Rakyat percaya dengan keikhlasan kami dan mempercayai kami dan rakyat tahu bahawa kami memahami jalan untuk menyelesaikan masalah negara ini. Kalian hanya perlu bertanya kepada rakyat, kepada ahli-ahli keluarga kalian, saudara-saudara kalian dan sesiapa sahaja di dalam umat ini untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yang telah kami sebutkan.

Hizbut Tahrir adalah parti yang mempunyai kesedaran mengenai politik serantau dan politik dunia, mampu untuk membentuk jalan yang akan mengubah keseimbangan kuasa politik serantau dan dunia sehingga Khilafah akan mencapai kedudukan negara nombor satu di dunia dan mengembalikan kegemilangan umat ini.

Hizbut Tahrir adalah sebuah parti yang bergerak di seluruh dunia dan mampu menggerakkan kaum Muslimin di seluruh ibu kota di Timur dan Barat dunia, untuk menyokong Khilafah. Ia adalah sebuah parti yang mempunyai hubungan dengan tentera umat ini. Oleh itu janganlah kalian gentar untuk keluar dari kem-kem kalian atas sebab bimbang akan ditinggalkan atau atas sebab-sebab lainnya. Ribuan kaum Muslimin dan puluhan briged akan bersama kalian dan Khilafah. Oleh itu, sambutlah seruan ini. Jadilah mereka yang paling awal memenuhi perintah Allah dan berikanlah nusrah kepada Hizbut Tahrir.

“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dahulu (masuk syurga). Mereka itulah orang-orang yang didekatkan (kepada Allah). (Mereka) berada di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat. (Mereka adalah) segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu. Dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian”  [TMQ al-Waqi’ah (56):10-14].

Hizbut Tahrir Wilayah Bangladesh
23 Muharram 1434 H
07 Disember 2012 M