SN339 - MORSI OH MORSI! PDF Print E-mail
Khamis, 21 Februari 2013 21:43
SN keluaran 22 Februari 2013
 


MORSI OH MORSI!

[SN339] Walaupun bahang pilihan raya umum (PRU) ke-13 sudah semakin kuat dirasakan di Malaysia, namun dalam kesibukan ini kita tidak boleh sama sekali tidak mengambil tahu apa yang berlaku ke atas saudara-saudara kita di tempat lain. Melihat kepada perkembangan terkini, ramai orang yang mengharapkan perubahan pada pilihan raya kali ini. Begitulah juga harapan saudara-saudara kita di serata dunia, yakni mereka mahukan perubahan setelah sekian lama hidup dalam penderitaan di bawah pemimpin dan sistem sekular yang rosak. Tidak terkecuali di Mesir, negara penting di dunia yang telah menyaksikan tumbangnya pemerintah diktator ejen Amerika, Hosni Mubarak dan diganti dengan Dr. Morsi dari parti Islam. Malangnya sejak mula memegang jawatan sebagai Presiden Mesir pada 30hb Jun 2012 sehinggalah ke hari ini, perubahan yang diharapkan oleh rakyat Mesir di bawah Dr. Morsi tidak pernah kunjung tiba. Hasilnya, rakyat tidak henti-henti bangkit memberontak dan kritikan demi kritikan dilontarkan kepada presiden baru ini.

Lebih dari itu, rakyat sudah mula mempertikaikan kedudukan Morsi yang disifatkan tidak ada beza dengan Hosni Mubarak, malah dalam beberapa keadaan lebih buruk. Justeru, harapan perubahan dari keadaan yang buruk kepada keadaan yang lebih baik hanya tinggal harapan. Morsi yang diharapkan untuk menerapkan Islam di bumi Mesir dan membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi, nampaknya jauh panggang dari api. Malah sebaliknya, Presiden Mesir ini terus menambahkan penderitaan saudara-saudara Islamnya di tanah yang diberkati itu. Terbaru, Presiden Morsi telah menutup ratusan terowong yang menghubungkan Palestin dengan Mesir yang menjadi sumber kehidupan penduduk Gaza untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. Dia juga telah bersama dengan Amerika di dalam perancangan negara kafir itu untuk menjajah Syria melalui ejennya yang baru. Sambutan Morsi terhadap presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di Kaherah baru-baru ini, membuktikan lagi siapakah Morsi sebenarnya. Sebagai respons kepada perkembangan terbaru ini, SautunNahdhah kali ini menyiarkan komen dari Othman Bakhash dan juga Abed Mostapha yang boleh dilayari juga di sumber rujukan yang diberikan di bawahnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
“Dan tahanlah mereka (di tempat perhentian) kerana sesungguhnya mereka akan ditanya” [TMQ as-Saffat (37): 24]

Apakah Jawapan Anda Di Hari Kiamat Wahai Presiden, Atas Sambutan Anda Terhadap Ahmadinejad, Sekutu Kepada Diktator Al-Syam?

Pada hari Selasa 5 Februari, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, tiba di Kaherah dalam lawatan pertama oleh presiden Iran ke Mesir dalam tempoh 34 tahun dan mengadakan sesi perbincangan dengan Presiden Mohammad Morsi pada petang harinya semasa penyertaan mereka dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Ahmadinejad juga melawat Syeikh al-Azhar dan bertemu dengan Presiden al-Azhar, Ahmad al-Tayeb, di mana pendirian al-Tayeb dikatakan amat tegas mengenai beberapa dasar Iran di rantau tersebut.

Penerimaan Presiden Morsi terhadap Ahmadinejad sungguh aneh, salahdan tidak boleh diterima. Wahai PresidenMorsi, tahukahanda siapakah yang anda sambut dengan hangat itu? Anda telah memuliakan teman Bashar, si penyembelih al-Syam, yang telah menjadikan anak-anak sebagai yatim piatu, menjadikan isteri-isteri sebagai janda, pembunuh orang-orang tua dan pemusnah masjid-masjid! Dia adalah rakan kongsi dalam jenayah yang dilakukan oleh Bashar. Adakah sambutan ini layak untuk seorang lelaki seperti dia? Adakah sambutan ini suatu ganjaran oleh Mesir terhadap rejim Iran atas sokongan terdesaknya kepada diktator Syam tercinta, dengan membekalkan pelbagai bekalan untuk diktator itu terus hidup?

Ya, memang benar Islam telah mewajibkan persaudaraan dan kasih sayang sesama Muslim dan wajib berusaha untuk memperkuatkan semangat kerjasama, perhubungan, penyatuan dan toleransi antara mazhab yang berbeza di kalangan umat Islam di seluruh dunia, tetapi tidak kepada presiden ini yang mendukung si diktator al-Syam dan menyokong pembunuhan yang dilakukan oleh sang diktator ke atas rakyatnya sendiri. Rejim Iran telah lama mempertahankan kezaliman Bashar dan tali barutnya.Malah, ia tidak pernah lekang mengikat hubungan eratnya dengan rejim penjenayah tersebut. Ini dapat dilihat apabila penasihat Hal Ehwal Antarabangsa untuk Pemimpin Agung Revolusi Iran,Ali Akbar Welayati, yang mengumumkan pada 26 Januari2013 bahawa “serangan ke atas Syria akan dianggap sebagai serangan ke atas Iran”. Kenyataan ini menjelaskan lagi kebenaran berita yang rejim Iran menghantar pejuang dan pakar tentera untuk menyokong Bashar dalam pembunuhan saudara-saudara kita di Syria sebagai suatu berita yang tidak dapat dinafikan.

Wahai Presiden Morsi! Anda sepatutnya wajib menutup kedutaan Iran di Mesir dan bukannya menerima rakan penjenayah Bashar dengan semua layanan yang telah anda berikan. Apa yang telah anda lakukan merupakan suatu dosa yang besar dan suatu jenayah yang berat! Bagaimanakah anda akan menghadapi anak-anak yang tidak berdosa di Damsyik, orang-orang tua yang soleh di Dara’a, pemuda-pemuda yang ikhlas di Aleppo dan perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya di Idlib,yang kesemuanya telah kehilangan segala-galanya angkara Bashar yang disokong oleh Ahmadinejad?

Ya Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengabulkan permintaan! Kami memohon kepadaMu untuk memusnahkan diktator al-Syam dan sekutu-sekutunya dan orang-orang yang memberi sokongan padu kepadanya dan orang-orang yang membantunya dengan wang, senjata atau manusia. Ya Allah! Bersamalah dengan para mujahidin, para ulama dan orang-orang yang ikhlas di al-Syam dan pandulah mereka ke jalan yang benar dan tegakkanlah Daulah Islam dan kurniakanlah kepada kami pemimpin yang takut kepadaMu, yang akan menjaga dan melindungi umat ini, yang tidak mengenal pujian, jilatan, sanjungan atau riya’. Sesungguhnya Engkau Maha Mengabulkan Doa.

“Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai temanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai teman, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Mumtahanah (60):9].

Othman Bakhash
Pengarah, Pejabat Media Pusat,
HizbutTahrir
26 Rabiul Awal 1434
7 Februari 2013

[sumber: http://www.khilafah.com/index.php/analysis/middle-east/15445-what-will-you-answer-on-the-day-of-judgment-oh-president]

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Presiden Mesir, Morsi, Adalah Pengikut Setia Baru Amerika Di Rantau Tersebut

Sejak menjadi Presiden, Morsi telah bekerja keras untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang Muslim moderat (sederhana) yang bebas daripada pengaruh Amerika demi kebaikan Mesir dan rantau tersebut. Namun begitu, lapisan retorik Islam yang melingkari tindakan dalam dan luar negaranya tidak menjadikan Morsi lebih baik daripada penggantinya, Mubarak – bekas pengawal kepentingan Amerika di rantau tersebut.

Di peringkat domestik, Morsi boleh mendakwa bahawa pembangkang tidak memberikan masa yang cukup kepada kerajaannya untuk menyegerakan proses pembaharuan yang akan memulihkan ekonomi Mesir, mengembalikan undang-undang dan ketenteraman dan memperbaiki kehidupan rakyat Mesir. Hakikatnya, reformasi ekonomi yang ingin dijalankan itu digubal di bawah naungan IMF yang menetapkan bahawa kerajaan Mesir perlu menyemak kembali agenda ekonominya untuk melayakkan dirinya mendapat pinjaman sebanyak $4.8 bilion. Jurucakap IMF, Gerry Rice berkata, “Kami faham bahawa pihak berkuasa Mesir telah berusaha untuk mengkaji semula program ekonomi mereka. Apabila usaha ini selesai, kita akan bincangkan masa untuk melakukan misi ke Kaherah untuk menilai program yang disemak semula tersebut”.Kelewatan telah mendorong agensi penarafan Amerika,Moody,untuk menurunkan tahap kebolehpercayaan kredit Mesir. Oleh yang demikian, perhambaan ekonomi Mesir terhadap Amerika berlangsung melalui IMF dan Moody, di sebalik dakwaan Morsi bahawa Mesir mengikuti polisi ekonomi bebas.

Dari segi dasar luar,Morsitidak dapatmenyembunyikanidentitipro-Amerikanyadisebalikdinding para penunjuk perasaan, yangterdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang. Dasar luarMorsiamat jelas berpihak kepadaAmerikadan dalam banyak perkara adalah lebihkejamdaripadaeraMubarak. Pada 13 Februari2013,Mesir telah, tanpa amaran, membanjiri terowongGaza, yangmenjadi nadikehidupan rakyat Palestinyanghidupseperti keadaan kem,di Gaza, yang dikawal sepenuhnya oleh negara Yahudi yang pengecut. Terowong tersebutlah yang selama ini membekalkan segala keperluan, dari makanan dan ubat-ubatan hinggalah kepada simen danbesi, yang merangkumi sehingga75%barangankepada1.6juta penduduk Gaza.

Seorang pegawai keselamatan Mesir di Sinai memberitahu Reuters bahawa kempen (penutupan terowong) telah bermula lima hari sebelumnya. Beliau berkata, “Kami menggunakan air untuk menutup terowong dengan meningkatkan aras air dari salah satu telaga.” Hamas nampaknya enggan mengkritik Morsi secara terbuka, namun penduduk Gaza secara lantang menyuarakan kenaifan Hamas dan kekejaman Morsi ini. “Langkah-langkah yang diambil Mesir ke atas terowong semakin teruk sejak terpilihnya Morsi. Saudara-saudara kami di Hamas fikir bahawa dia akan membebaskan Gaza. Saya rasa mereka silap,” kata salah seorang pemilik terowong yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Ayed, kerana khuatir diapa-apakan. “Mungkin sudah 150 atau 200 terowong telah ditutup sejak serangan Sinai. Ini semua berlaku di era pemerintahan Morsi,” tambah beliau.

Nampaknya kerajaan Morsi telah menggunakan serangan ke atas tentera Mesir di Sinai pada bulan Ogos 2012 sebagai alasan bagi memulakan kempen zalim untuk menutup sebanyak mungkin terowong dan sekali gus mengukuhkan keselamatan negara Yahudi. Semua ini dilakukan lebih awal sebelum proses damai dengan Israel yang tertangguh, dijangka dimulakan semula. Dengan dialog perpaduan Palestin yang dirancang tidak lama lagi, kedudukan Netanyahu yang semakin lemah selepas pilihan raya baru-baru ini dan lawatan Obama ke Israel yang dijadualkan pada Mac 2013, Washington sangat ingin mewujudkan atmosfera yang tepat dalam rangka memberikan dorongan yang kuat untuk proses damai antara Arab dan Yahudi. Poin penting kepada usaha memulakan kembali rundingan damai adalah ‘keselamatan negara Yahudi’ dan Morsi seperti pendahulunya (Mubarak), melakukan yang terbaik untuk memenuhi harapan Amerika dan Yahudi. Walau bagaimanapun, tempoh operasi baru-baru ini adalah bertujuan untuk meredakan kritikan Yahudi terhadap penghantaran empat pesawat F16 Amerika ke pada tentera udara Mesir.

Begitulah juga situasi nya dengan hubungan rapat antara Morsi dan Iran dalam mencari penyelesaian politik untuk krisis di Syria yang mengekalkan saki-baki rejim Assad; ia menjadi lambang penyelesaian yang dimahukan oleh Amerika. Amerika telah bekerja keras dengan Iran, Turki,Mesir, negara-negara Teluk serta Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia untuk melindungi rejim Assad,dalam bentuk tertentu, melalui pelbagai inisiatif, di mana yang terbaru adalah melalui Pelan Brahimi. Semua ini bagi memastikan penerusan hegemoni AS di kawasan Timur Laut Mediterranean (kawasan Syam).Dalam konteks ini, Morsi telah melawat Tehran pada September 2012 dan mengeluarkan kenyataan bahawa Iran merupakan pihak yang penting dalam mencari penyelesaian kepada krisis Syria. Morsi berkata, “[Iran] pemain utama di rantau ini yang boleh memainkan peranan aktif dan menyokong penyelesaian masalah Syria.....saya tidak melihat kehadiran Iran dalam kuartet ini (Turki, Mesir, Iran dan Arab Saudi) sebagai satu masalah, tetapi sebaliknya sebagai sebahagian daripada penyelesaian masalah.” Hal ini menjelaskan mengapa Morsi beberapa hari lalu memberi sambutan hangat kepada Ahmadinejad, salah seorang penyembelih Syria. Layanannya kepada presiden Iran telah menaikkan kemarahan sesetengah penyokong kuat Morsi seperti Daawa Salafiyya yang mengeluarkan kenyataan, “Mesir komited untuk melindungi semua orang Sunni.” Nampaknya, hanya dalam tempoh waktu beberapa bulan sahaja, Morsi telah berjaya mengatasi Mubarak dan melakukan apa yang pendahulunya itu gagal lakukan iaitu menjalin hubungan dengan Iran untuk melindungi kepentingan Amerika di kawasan Timur Laut Mediterranean.

Amerika sangat gembira dengan polisi dalam dan luar yang dilaksanakan oleh kerajaan Morsi. Pada 3 Februari 2013, Duta Besar AS ke Mesir, Anne Patterson berkata, “Kami melihat kepada Mesir untuk terus berkhidmat sebagai kuasa untuk keamanan, keselamatan dan kepimpinan dalam keadaan Timur Tengah sedang menuju perjalanan yang mencabar tetapi penting ke arah demokrasi.”

Terdapat pengajaran penting bagi orang-orang Mesir untuk belajar daripada pemerintahan Morsi:-

Pertama;dengan hanya menyeru untuk menyingkirkan seorang diktator kejam dan menggantikan diktator tersebut dengan seorang yang menyatakan keimanannya dalam Islam, lalu mengharapkan perubahan, adalah kekeliruan yang nyata dan tidak akan mengubah penderitaan rakyat.

Kedua; punca sebenar kesengsaraan rakyat Mesir adalah kerana sistem sekarang yang membolehkan Amerika terus menjajah Mesir. Melainkan sekiranya sistem ini dihapuskan dari akarnya, rakyatakan terus menderita di bawah polisi penjajahan Amerika yang dilaksanakan melalui pengikut setia AS dalam rejim sekarang – sama ada mereka berpakaian Islamis atau liberal.

Ketiga; satu-satunya alternatif kepada sistem yang rosak sekarang adalah syariah Islam dan bukannya demokrasi liberal Barat seperti yang diperjuangkan oleh puak liberal yang dangkal. Sistem demokrasi liberal Barat bersama-sama dengan Kapitalisme sesungguhnya sedang nazak dan masyarakat Barat sendiri pun sedang bersungguh-sungguh mencari sistem lain sebagai alternatif. Namun, untuk syariah Islam berjaya, ia perlu diambil secara holistik, bukannya diambil dalam bentuk secebis makanan seperti yang dilakukan oleh Ikhwan Muslimin dan penyokong-penyokongnya.

Keempat; satu-satunya cara yang praktikal untuk merealisasikan pelaksanaan syariah sama ada polisi dalam mahupun luar negara, adalah melalui penegakan semula Khilafah. Hanya Khilafah boleh menjamin dasar ekonomi dan luar negara yang bebas daripada campur tangan Barat.

Abed Mostapha
6 Rabiul Akhir 1434H
16/02/2013

[Sumber: http://www.khilafah.com/index.php/analysis/middle-east/15485-egyptian-president-morsi-is-americas-new-loyal-servant-in-the-region]