SN342 - MELURUSKAN MAKNA JIHAD PDF Print E-mail
Jumaat, 15 Mac 2013 01:47
SN keluaran 15 Mac 2013
 


MELURUSKAN MAKNA JIHAD

[SN342]
Krisis Lahad Datu nampaknya masih belum menemui titik noktahnya. Di saat media kerajaan melaporkan bahawa keadaan terkawal dan kejayaan berpihak kepada pasukan keselamatan, namun terbaru,seorang lagi anggota tentera, Prebet Ahmad Hurairah Ismail telah terbunuh dalam kejadian serangan oleh pasukan Sulu. Diambang kekecohan ini, tiba-tiba Sultan Kiram III dilaporkan telah mengisytiharkan jihad terhadap Malaysia. [http://my.news.yahoo.com/kiram-declares-jihad-against-malaysia-085414183.html]. Diperjelaskan lagi oleh iparnya, AbrahanIdrijanibahawa jihad di sini dilakukan dalam konteks mendapatkan kembali hak milik mereka ke atas Sabah. Manakala Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah lebih awal memfatwakan bahawa pasukan keselamatan yang terbunuh dalam Ops Daulat adalah dikirasyahid akhirat. Di pihak kerajaan Malaysia, walaupun belum ada pengumuman rasmi bahawa pertembungan di Lahad Datu adalah jihad, namun akhbar pro-kerajaan, Utusan Malaysia, telah pun menyatakan bahawa perjuangan pasukan keselamatan yang mempertahankan Lahad Datu adalah satu jihad [UM 12/03/13]. Oleh itu, kita boleh katakan di sini bahawa kedua-dua belah pihak telah menganggap bahawa perjuangan mereka adalah jihad!? Bagi mereka yang mempunyai sedikit kefahaman tentang jihad, maka hal ini mungkin akan mengelirukan. Manakala bagi mereka yang keliru, mungkin akan bertambah keliru. Apa tidaknya, bagaimana mungkin pertempuran dan pembunuhan sesama Muslim dianggap sebagai jihad dan mati syahid? Apalagi Malaysia bukanlah wilayah perang sebagaimana halnya di Afghanistan, Iraq atau Palestin. Bagi merungkaikekeliruan ini, maka kita perlu memahami dengan kefahaman yang benar apakah yang dimaksudkan dengan pengertianjihad dan mati syahid.

Jihad Dalam Islam

Sebagaimana solat, jihad adalah sebahagian dari ajaran Islam. Jihadbahkan termasuk di antara kewajiban dalam Islam yang sangat agung,yang menjadi syiar Islam.Secara bahasa, jihad (kata jahada) bermaksud, “mengerahkan kemampuan dan tenaga yangada, baik dengan perkataan mahupun perbuatan (Fairuz Abadi, KamusAl-Muhith). Secara bahasa, jihad juga boleh bererti, “mengerahkan seluruh kemampuan untuk memperoleh tujuan” [An-Naisaburi,Tafsir an-Naisaburi, XI/126].Adapun menurut pengertian syar’ie (syariat), para ahli fiqh(fuqaha)mendefinisikan jihad sebagai “usaha mengerahkan segenap kekuatan dalamperang fi sabilillah secara langsung mahupun memberikan bantuankewangan, pendapat atau memperbanyakkan logistik dan lain-lain (demimemenangkan pertempuran). Kerana itu, perang dalam rangka meninggikankalimat Allah itulah yang disebut dengan jihad” [An-Nabhani,Asy-Syakhshiyyah al-Islamiyyah, II/153. Lihat jugaIbn Abidin,HasyiyahIbn Abidin, III/336].

Kewajiban jihad (perang) ini telah ditetapkan oleh Allah SWT dalamal-Quran di dalam banyak ayat [lihat Surah an-Nisa’ (4):95; Surah at-Taubah (9):41, 86, 87, 88; Surah as-Saf (61):4]. Bahkanjihad (perang) di jalan Allah merupakan amalan utama dan agung yangpelakunya akan meraih syurga dan kenikmatan yang abadi di akhirat[lihat Surah an-Nisa’ (4):95; Surah at-Taubah(9):111; Surah al-Anfal (8):74; Surah al-Maidah (5):35; Surahal-Hujurat (49):15; Surah as-Saff (61):11-12]. Sebaliknya, Allah telahmencela dan mengancam orang-orang yang enggan berjihad (berperang) dijalanNya [lihatSurah at-Taubah(9):38-39; Surah al-Anfal(8):15-16; Surah at-Taubah (9):24].Persoalannya, bila dan dimanakah jihad dalam pengertian perang itudilakukan? Jawapan secara ringkasnya, jihad dalam pengertian perang boleh berlaku dalam tiga keadaan:-

Pertama: Apabila kaum Muslimin atau negeri mereka diserangoleh orang-orang kafir atau negara kafir. Contohnya adalah dalam kes Afghanistan dan Iraq yang diserang dan diduduki AS sampai sekarang. Begitu juga dalam kes di Palestin yang sedang dijajah Israel. Inilah yang disebutdengan jihad defensif (difa’ie) di mana dalam keadaan seperti ini, Allah SWTtelah mewajibkan kaum Muslimin untuk membalas tindakan penyerang danmengusirnya dari tanah kaum Muslimin. Allah SWT berfirman,

“Perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kalian, tetapijanganlah kalian melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidakmenyukai orang-orang yang melampaui batas”
[TMQ al-Baqarah (2):190].

Kedua:Apabila ada sekelompok komuniti Muslim yang diperangi olehorang-orang kafir atau negara kafir. Kaum Muslimin wajib menolong mereka.Ini kerana, kaum Muslimin itu bersaudara, laksana satu tubuh. Kerana itu,serangan atas sebahagian kaum Muslimin pada hakikatnya merupakan seranganterhadap seluruh kaum Muslimin di seluruh dunia. Kerana itu pula, usaha untuk membela kaum Muslimin di Afghanistan, Iraq atau Palestin misalnya,merupakan kewajipan kaum Muslimin di seluruh dunia. Allah SWT berfirman,

“Jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam urusan agama inimaka kalian wajib menolong mereka” [TMQ al-Anfal(8):72].

Ketiga:Apabila dakwah Islam yang dilakukan oleh Daulah Islam(Khilafah) dihalang oleh penguasa kafir dengan kekuatan fizikal mereka.Dakwah adalah seruan pemikiran (non-fizikal), namun tatkala ia dihalangi secara fizikal, maka wajib bagi kaum Muslimin berjihad untuk melindungi dakwah danmenghilangkan halangan-halangan fizikal yang ada di hadapannya dibawahpimpinan Khalifah. Inilah yang disebut dengan jihad ofensif (hujumi).Inilah pula yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatsetelah mereka berhasil mendirikan Daulah Islam di Madinah. Merekatidak pernah berhenti berjihad (berperang) dalam rangka menghilangkanhalangan-halangan fizikal demi tersebarluasnya dakwah Islam dan demitegaknya kalimat-kalimat Allah. Dengan jihad ofensif itulah Islamtersebar ke seluruh dunia dan wilayah kekuasaan Islam pun semakinmeluas, menguasai pelbagai belahan dunia. Bahkan jihad (perang) merupakan thariqah (jalan) Islamdalam penyebaran dakwah oleh Negara apabila wujudnya halangan fizikal di dalam seruan meninggikan kalimah Allah. Allah SWTberfirman,

“Perangilah mereka (orang-orang kafir) hingga tidak adalagi fitnah (kekufuran) dan agama ini (Islam) hanya milik Allah” [TMQal-Baqarah (2):193].

Dalam semua keadaan di atas (jihad fi sabilillah), maka gugurnya setiap Muslim adalah dianggap sebagai syahid (dunia dan akhirat) Dari definisi dan konteks jihad di atas juga, jelas sekali bahawa tindakanhirabah (terorisme)bukanlahtermasuk jihad fi sabilillah. Sebab, tindakan tersebut nyata-nyatatelah mengorbankan ramai orang yang seharusnya tidak boleh (haram)untuk dibunuh, baik yang terbunuh itu Muslim mahupun bukan.Tindakan ini jelas haram dan termasuk dosa besar berdasarkan firman AllahSWT,


“Janganlah kalian membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali denganalasan yang hak”
[TMQ al-Isra’ (17):33].

Manakala dalam konteks pembunuhan tanpa hak yang berlaku ke atas sesama Muslim pula, keharamannya lebih keras lagi di mana Allah SWT berfirman,

“Siapa sahaja yang membunuh seorang Mukmin dengan sengaja, makabalasannya adalah neraka Jahanam; ia kekal di dalamnya; Allah punmurka kepadanya, melaknatnya dan menyediakan baginya azab yangbesar” [TMQ an-Nisa’ (4):93].

Hukum Perang Fitnah (Perang Saudara)


Kami telah menjelaskan dalam Sautun Nahdhah keluaran lepas bahawa sesungguhnya setiap negara/wilayah umat Islam adalah negara/wilayah yang satu, yang dimiliki secara bersama oleh umat Islam. Setiap orang berhak tinggal di dalamnya dan berhak mendapat perlindungan dari pemerintah terhadap nyawa, darah dan hartanya. Tidak ada seorang Muslim pun boleh menuntut, apatah lagi untuk mengangkat senjata seraya menuntut bahawa negara/wilayah tertentu adalah milik mereka atau kaum mereka sahaja. Justeru, apa jua cubaan atau usaha untuk merampas wilayah kaum Muslimin untuk dimiliki oleh kaum tertentu dengan mengecualikan Muslim yang lain, adalah suatu yang jelas-jelas haram. Begitu juga dengan apa jua cubaan atau usaha oleh pemerintah untuk menghalau keluar atau menafikan hak setiap Muslim untuk bertempat tinggal di wilayah Islam adalah suatu yang jelas-jelas haram.

Sekiranya suatu pihak telah mengangkat senjata untuk menguasai sesuatu kawasan yang menjadi hak milik bersama kaum Muslimin, maka ia boleh dalam keadaan ini menjadi golongan yang dipanggil sebagai bughat (pemberontak kepada penguasa yang sah) atau muharibin (pengganas). Baik bughat atau muharibin, kedua-duanya haram untuk dilakukan oleh setiap Muslim dan Islam telah menggariskan hukum syarak tertentu untuk Negara (pemerintah) menangani kedua-dua golongan ini. Namun, satu hal yang kita sangat khuatir terjadi kepada dua golongan Muslim yang mengangkat senjata ini ialah, apabila ia tidak termasuk dalam golongan bughat dan tidak juga termasuk dalam golongan muharibin. Jika ini terjadi (pengangkatan senjata, peperangan atau pembunuhan) oleh dua atau lebih kelompok Muslim (termasuk antara sesama negara), maka hal ini boleh termasuk ke dalam“perang saudara” atau dikenali juga dengan “perang fitnah”. Bermula dari tindakan memberontak (baghy) atau keganasan (hirabah), ia mungkin sahaja boleh berakhir dengan qital al-fitnah (perang saudara). Hal ini wajib dijauhi oleh kaum Muslimin. Ini kerana, Islam mengharamkan peperangan sesama Muslim (perang saudara) dengan keharaman yang sangat tegas.

Dr. Muhammad Khair Haekal di dalam kitabnya al-Jihad wa al-Qital memberikan definisi “perang fitnah”  yang disimpulkan beliau setelah mengemukakan banyak hadis yang menyebut tentang perang tersebut. Menurut beliau, perang fitnah adalah “peperangan yang tidak disyariatkan, yang terjadi antara dua kelompok kaum Muslimin atau lebih”. Berdasarkan nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis yang begitu banyak beliau kemukakan, maka Dr. Khair menyimpulkan bahawa perang fitnah adalah haram dalam apa jua bentuknya sekalipun dan setiap Muslim wajib menjauhkan diri dari terlibat di dalamnya.

Dalam sebuah hadis dari Ibnu Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda,

“Akan ada fitnah, ketika itu orang-orang yang tidur lebih baik berbanding yang bangun, yang bangun lebih baik berbanding yang berjalan, yang berjalan lebih baik berbanding yang berkenderaan, yang berkenderaan lebih baik berbanding yang mengangkut. Korban yang terbunuh, semuanya masuk neraka. Aku (Ibnu Mas’ud) bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bilakah hal itu terjadi?’ Baginda menjawab, ‘Itu terjadi pada masa-masa fitnah (kekacauan)’. Aku bertanya lagi, ‘Bilakah masa-masa fitnah (kekacauan) itu terjadi?’ Baginda menjawab, ‘Ketika seseorang merasa tidak aman dengan temannya’. Aku bertanya lagi, ‘Lalu apa yang engkau perintahkan kepadaku?’ Baginda bersabda, ‘Tahanlah tangan dan lisanmu dan masuklah ke rumahmu” [HR Ahmad].

Dengan memetik hadis di atas, Dr. Muhammad Khair Haekal seterusnya berkomentar bahawa fitnah di sini dimaknai sebagai perang yang terjadi antara seseorang dengan seseorang yang lain dengan beragam kelompok mereka, kerana dosa. Saat itu korban yang terbunuh semuanya masuk neraka. Pada waktu itu, orang yang terbaik adalah orang yang tidur meninggalkannya. Siapa pun yang terkait dengannya kerana alasan tertentu, dinyatakan mempunyai sumbangan dosa, sedikit ataupun banyak, sesuai dengan kadar keterlibatannya mengumpulkan kekuatan untuk perang fitnah serta provokasinya dalam mengobarkan api peperangan. Fitnah terjadi pada zaman di mana ketakutan mengancam manusia, misalnya dalam keadaan mereka terancam mati di mana sahaja. Dalam keadaan seperti ini, manusia -sebagaimana sabda Nabi SAW- wajib menahan tangan dan lisannya serta masuk ke dalam rumahnya.

Di antara riwayat lain yang dinyatakan untuk menjelaskan perubahan dan permusuhan yang menimpa manusia pada zaman fitnah adalah sabda Nabi SAW,

“Sesungguhnya Allah Azza wa Jallatidak pernah menghalalkan sesuatu pun pada zaman fitnah yang sebelumnya diharamkan. Bagaimana mungkin salah seorang di antara kamu mendatangi saudaranya, mengucapkan salam kepadanya, kemudian setelah itu dia datang lalu membunuhnya” [HR ath-Thabrani].

Fitnah dalam pengertian ini bererti perubahan sikap dan perkembangan sejumlah interaksi di mana peperangan telah menggantikan perdamaian. Ketika itu, teman pada hari semalam, kini menjadi musuh di mana kehormatannya dinodai dan darahnya menjadi halal. Ibnu Umar mendeskripsikan keadaan orang pada zaman fitnah seraya berkata,

“Pada zaman fitnah, kalian tidak akan memandang pembunuhan sebagai sesuatu (yang bermasalah)” [Majma’ az-Zawaid, Al-Haysami, juz VII, hal. 293].

Adapun mengenai hukum keterlibatan seorang Muslim dalam peperangan fitnah ini, Dr. Khair menyatakan bahawa ia boleh dikumpulkan dari pelbagai pandangan fiqh yang telah dikumpulkan oleh Imam as-Sun’ani dan Imam asy-Syaukani yang berserakan di pelbagai sumber. Pandangan-pandangan tersebut sepakat mengenai meninggalkan perang pada saat fitnah. Kesepakatan pandangan mereka adalah wajar kerana keharaman darah kaum Muslimin telah ditetapkan berdasarkan nas-nas syarak sebagaimana firman Allah SWT,

“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yangdiharamkan oleh Allah (membunuhnya) melainkan dengan suatu (alasan) yang benar” [TMQ al-Isra’ (17):33].

Juga berdasarkan sabda Nabi SAW yang menyatakan

“Setiap Muslim adalah saudara sesama Muslim; darah, harta dan kehormatannya adalah haram (bagi sesamanya)” [HR Muslim].

Keadaan fitnah bukan merupakan justifikasi untuk menghilangkan status ma’sum (terpeliharanya darah, kehormatan dan harta) dari kaum Muslimin kerana Nabi SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah tidak menghalalkan sesuatu pun dalam keadaan fitnah yang sebelumnya telah diharamkan oleh Allah” [HR ath-Thabrani].

Persoalan seterusnya, apakah perang fitnah merupakan jihad?Menjawab kepada persoalan ini, penulis kitab al-Jihad wa Qital dengan tegas mengatakan bahawajawapannya adalah tidak. Sebab, jihad merupakan perang kaum Muslimin melawan kaum kafir hingga tidak ada lagi fitnah dan agama ini seluruhnya milik Allah. Manakala perang fitnah, tidak lebih hanyalah perang kaum Muslimin dengan kaum Muslimin yang lain sehingga menjadi fitnah dan menjadikan urusan agama bukan ditangan Allah. Lalu, berdasarkan apa dikatakan bahawa perang seperti ini adalah jihad? Padahal Nabi saw telah menegaskan bahawa orang yang membunuh dan yang terbunuh sama-sama masuk neraka?Kerana itulah, perang fitnah bukan merupakan sebahagian dari jihad di jalan Allah. Malah perang ini dengan jihad merupakan dua kutub yang saling berlawanan [al-Jihad wa al-Qital, Dr. Muhammad Khair Haekal].

Khatimah

Kita berdoa dan mengharapkan agar pertumpahan darah di antara sesama Muslim ini dihentikan segera dan kedua-dua pihak kembali ke jalan yang benar. Kalau kedua-duanya ingin berjihad dan syahid, alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah dan kita meminta agar mereka memilih jalan jihad dan syahid yang tidak ada keraguan di dalamnya iaitu dengan masing-masing mengumpul dan mengerahkan kekuatan untuk melawan kafir Zionis, Amerika dan sekutu-sekutunya yang sekarang sedang menjajah dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan dan lain-lain. Berjihadlah melawan tentera-tentera kuffar ini demi membebaskan saudara-saudara kita dan juga tanah suci Islam yang dirampas oleh musuh-musuh Allah itu serta menyatukan semula umat Islam di bawah satu negara (Khilafah). Jika inilah yang dilakukan, maka Insya Allah mereka akan meraih kemuliaan di sisi Allah Azza wa Jalla.